THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

16 Ogos 2008

Rahsia Bulan Kelahiran

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap
anda, yang telah dijalankan oleh
Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.


JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi


FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi


MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan


APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu


MEI
* Keras hati & degil.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros


JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.


JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh. .
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet..
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja


OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan


SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia &jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik


OKTOBER
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat


NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia..
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah


DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak..
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik


c.I.n.T.a

selalu yg terjadi....

CINTA :
(sebelum kahwin)

C
= cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C
= cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.


KASIH :

(sebelum kahwin)

K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara , nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.

SAYANG :
(sebelum kahwin)

S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :

(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat
macam mana?

tetapi yg seharusnya ialah....

C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman

S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa

H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti


dialog ringkas:

Ani : "Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau Muda?"
Ena : " Surat warna Hijau Muda itu bererti "Aku Cinta Padamu"
Ani : "Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya?"
Ena : "itu melambangkan Suasana Pilu"
Ani : "Kalau kertasnya berwarna Merah?"
Ena : " Asmara Yang Membara"
Ani : "Kalau kertasnya warna Putih?"
Ena: "Suci, Bersih dan Jujur "
Ani : "Kalau kertasnya Kuning?"
Ena: "Melambangkan Hati Yang Gersang"
Ani : "Kalau Merah Jambu?"
Ena: "Sedang Jatuh Cinta"
Ani : "Kalau kelabu?"
Ena : "Melambangkan Hati Yang Sedang sedih"
Ani : "Kalau kertasnya Hitam?"
Ena : "Itu namanya kertas karbon.. bodoh!


11 Ogos 2008

Hati Seorang Wanita

1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukanmenghanyutkann ya.

** "Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari.

Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA"

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk
Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: 'Ya Allah, jadikan hatiku
bersih.'

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a..w paling minima 100X sebelum tidur. Ini
merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di-
ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan
semua perkara kebaikan....

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan
menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah 'Qulhu-allah'
sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu
sebutkan.

6.. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk
diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: 'Aku
sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: 'Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif.'
Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan
sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!)..

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2
kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,
tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti
halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). Jangan dengar
orang mengumpat.

'Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat.'

Semoga yang baik dapat kita terima dan jadikan teladan untuk kehidupan
yang lebih di redhai Allah. Insya'allah.

It Happens in Seremban

Kisah mengenai sebuah keluarga Islam yang serba sederhana. Keluarga yang
menjalankan segala tuntutan Allah S.W.T. Seorang anak perempuan telah
dilahirkan lebih kurang hampir 20 tahun yang lepas.... Dibesarkan dan
dimanjakan mengikut lunas2 dan batas2 kehidupan seorang Muslim. Sebuah
keluarga yang riang dan sentiasa gembira dan bersyukur atas segala nikmat
yang diperolehinya.

TAPI tanggal beberapa bulan yang lepas apabila anak kesayangan mereka yang mana sebelum ini tidak pernah berkelakuan ganjil, dengan tak semena-mena telah memberitahu ayahnya bahawa beliau ingin berkahwin.
Namun dengan hati yang agak ter- kejut, tetapi mengetahui bahawa mungkin
jodohnya telah sampai mengizinkan. Tapi ayahya teramat terkejut apabila
anaknya ingin berkahwin dengan lelaki HINDU, dan ayahnya hampir sahaja
pengsan apabila anaknya ingin berkahwin dalam adat resam agama HINDU.

Apalah perasaan hati ayah dan ibu serta keluarga jika anak kesayangan
mereka yang satu ini, setelah dididik dan diberikan segala ILMU Duniawi
dan Ukhrawi serta segala kasih sayang dan perhatian mereka sepenuhnya
kepada beliau, tergamak untuk menyatakan perkara tersebut.

NAMUN, keluarga ini tidak berdiam diri. Mereka dengan segera telah membawa anak mereka untuk didoakan agar terbuka hatinya untuk kembali ke
pangkal jalan. Mereka telah membawanya kepada seorang Ustaz. Apabila tiba
masanya bertemu muka dengan Ustaz tersebut dan apabila Ustaz Tersebut
mula membaca ayat2 Allah, maka terkejut mereka kerana mendapati anak
mereka telah mula meraung dan menari tarian Hindu.

Kesimpulannya, Ustaz tersebut masih lagi merawat anak tersebut. Dan yang terpenting sekali adalah anak tersebut telah DISIHIRKAN untuk menyintai
lelaki Hindu tersebut.Pendek kata beliau DISIHIR untuk keluar ISLAM.

TINDAKAN - Dinasihatkan bahawa musuh ISLAM terutama IBLIS dan SYAITAN
senantiasa mencari jalan untuk merosakan ISLAM kita. Faktanya untuk
mensihirkan lelaki muslim yang sentiasa mendirikan solat 5 kali sehari
semalam adalah agak sukar (bukan tak boleh TAPI SUKAR), kerana mereka
membaca ayat2 Allah.

NAMUN bagi perempuan2 muslim, mereka ada pintu atau ruang yang membolehkan unsur sihir untuk menyerang dan menyerap kedalam akal
fikiran serta hati jika tidak dibendung, apatah lagi yang tidak solat.

Disini, mengajak semua muslimin dan muslimat semua untuk mengamalkan
Ayatul Kursi, sebagai senjata untuk menghalang diserap oleh sihir yang
tidak kelihatan ini. Jadikan ia amalan yang bersungguh-sungguh dan berdoa
agar Allah S.W.T sentiasa melindungi kita semua daripada kekufuran dan
gangguan Syaitan.

Saranan juga, apabila masuk sahaja waktu solat, muslimin segera bersolat.
Bagi muslimat yang boleh akan juga terus bersolat. Namun bagi yang
tidak, akan juga duduk mengisi waktu itu dengan berzikir dan bermunajat.
Jangan biarkan waktu itu dihabisi dengan perkara selain daripada
mengingati Allah.

Akhir kata, sebarkanlah kepada semua muslimin dan muslimat agar mereka
lebih dekat kepada Allah S....W.T dan terhindar daripada SIHIR dan MURTAD
dan berdoalah buat semua muslimin dan muslimat..

NOTA:
Di sini tidak hairanlah kalau hampir 250,00 orang melayu ingin menukar agama mereka, malah Kes Aisyah. Seorang Ustazah Mesir berjaya dihindukan.
Dipercayai unsur cinta dan SIHIR adalah salah satu penyebab utamanya.
Yakinlah bahwa jika kita hampir pada Allah dengan mengerjakan segala
suruhanNya dan sentiasa memujiNya, maka Allah akan memelihara kita.
Insya-Allah.

Semoga Allah melindungi kita semua daripada kesesatan dan kekufuran.

Wassalam.

hmmm ...semoga budak itu sembuh sepenuhnya dari ganguan sihir tersebut.
Amin...


Tazkirah hari ini..

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis,
maka baginda pun berkata, 'Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?'

Maka berkata orang muda itu, 'Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah
meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak
memandikannya.' Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan
Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut
orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu
telah bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka mereka pun kembali dan
memberitahu kepada Rasulullah S...A.W, 'Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat
mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.'

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda
itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun
tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para
sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak
dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi
hutan yang hitam.. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu,
'Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia
didunia dulu?'

Berkata orang muda itu, 'Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan
solat.' Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, 'Wahai para sahabatku,
lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti
akan dibangkitkan oleh Allah S.W...T seperti babi hutan yang hitam.'

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan
sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila
mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang
membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah
mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
'Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak
membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S..W.T yang
memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.'
Lalu para sahabat bertanya, 'Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh
mayat ini?' Berkata ular, 'Dia telah melakukan tiga kesalahan, di
antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2.. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya'.

10 Petanda Jodoh Kita

1. Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

2. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, 'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

" Manusia merancang, Allah menentukan."

08 Ogos 2008

Makna disebalik pemberian

hai tak tahu nak posting citer ape...td suf nye suf...fica terskodeng plk pasal pmberian2 nie....rase ttarik dgn apa yg fica bace tue...so now,fica mskkn kt blog fica wat cite kali nie...hope dpt mbantu anda semua sedikit sbanyak eya...

JAM TANGAN
.........Tanda meningati setiap masa dan
waktu.
CINCIN .............Tanda ikatan kasih yang abadi.
GELANG .............Tanda mesra
RANTAI LEHER .......Ikatan cinta yang perlu perhatian.
SUBANG .............Tanda penghargaan dan penghormatan.
KASUT ..............Sentiasa mengambil berat/prihatin.
PAKAIAN / KAIN .......Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.
PAYUNG .............Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.
MINYAK WANGI .......Tanda cinta
BINGKAI GAMBAR .....Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.
BUKU ............... Bersifat terbuka dan bertolak ansur.
BUNGA ...............Tanda perkenalan dan tanda sayang
COKLAT ........ semanis cintamu.
LAGU/ CD/ KAD UCAPAN ......... mengabadikan cinta
SEJADAH DAN ALQURAN .........tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.

PssssTT..heheeheehehe... Satu lagi.... zaman mellinieum....

HANDPHONE
...tandanya.... kau jangan lari dari ku !!!!.......
aku kan cari kamu walau dimanapun... melainkan kalau hp off


07 Ogos 2008

Pesan Ustaz

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt.
melaknat dan perintah turun ke bumi.

Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling
suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu,adik-beradik jin lah tuu. (ustaz yg kata.... bukan saya tau..... hehe)

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air diperjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca " SalaMun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin."Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebabjika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong... ." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat k ayu Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Dilarang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.

RENUNG2KAN.. ... SELAMAT BERAMAL!!!!
“Bersahabat dengan penjual minyak wangi,
kita akan menerima percikkan wangiannya,
manakala bersahabat dengan tukang besi,
percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”