THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

26 Mei 2008

Pernah tak dapat sms atau email sebegini atau seumpamanya?

Yaasin, Walqura-nilhakim. Innakala minalmursalin. A'lasiratil mustaqim. Tanzilal azizirrahim. Litunziraqaumamma unzila aba uhum fahum ghafilun.

Kirim surah Yaasin ini kpd 7 insan berugama islam. Insya Allah esok
saudara akan menerima khabar yang baik, gembira dan rezeki anda sentiasa berada di
tangan anda.


JGN DELETE, ini betul2 jadi kenyataan.
???????????????????????????.
ULASAN >>>
Ini adalah propaganda dari musuh islam. Saya secara peribadi dah terima sms ayat yang seperti di atas. Dan ini kali kedua through email plak.

Ape yang saya nak beri tahu di sini ialah, sudah lah tu umat ISLAM dibolak-balikkan . Mari kita ambik sedikit pengajaran dari kes-kes ini.

Pesan dari saya (yang ilmu tak seberapa ini). Hentikan lah apa2 saja surat bercorak surat berantai ini (SMS atau e-mail) . Kerana ini adalah perkara2 yg boleh melemahkan umat Islam dari dalam..

Lalu aku terus reply kpd si pemberi tadi agar berhenti berbuat demikian. Malah tolong pulangkan balik pesanan kepada mereka yang telah mengedarkannya!

1) Once, kita forward email @ SMS sebegini, kita dah percaya (beriktikad) bahawa denga
n kudrat saya menghantar SMS ini, saya akan dapat khabar baik &rezeki. Bukan Qudrat & Iradat ALLAH.

2) Tanpa menyemak, kes ini terdapat kesalahan ejaan pada ayat dari surah yaasin ini. Sila semak Litunziraqaumamma unzila aba uhum fahum ghafilun. Org yg tiap2 malam baca surah yaasin pun boleh terkesima dengan kesalahan ejaan ini.

3) Kesalahan ejaan unzila yang sepatutnya unzira ini, berlaku dlm kedua2 email & sms yang saya terima. maka saya pasti ianya disengaja kan . Tapi atas dasar apa? Kalau kita perhatikan
unzila aba uhum ini bermaksud = di TURUNkan BAPA Kamu. Bapa = father .

Hantaran ohhh...Hantaran

Zaman sekarang ni kan; hantaran makin naik harga. Maklumlah; kata dorang ikut market price. Kalau harga minyak naik; naik lagi la harga bakal2 bini.

Untuk mereka yang bakal-bakal tu.. yang dah lepas tu, mungkin nak tahu jugak sebab musababnyer... ..

Tak ikut market price nanti orang kata kedekut lah; sengkek lah; tak mampu jangan ada hati nak kahwin lah; hai... macam-macam story lagi. Biasanya yang letak harga ialah mak sebelah pompan. Bapak selalu ikutkan aje; ni semua kerja orang pompan, dorang kata.

Kadang2 ada jugak pompan sendiri yang letak harga; lepas tu pakat dengan mak.Mengikut survey; sekarang paling minimum RM6000. Hantaran RM5000; RM4000 masih ada jugak; tapi dah boleh kira pakai jari tangan je. Yang ada hantaran kira okay lah; tapi ada serba satunya lagi. Cuma serba-serbi dan serba boleh je belum ada lagi.
Kat sini aku ada beberapa sebab kenapa sekarang hantaran makin mahal.

Hah... korang bacalah:-
Sebab :

1. Anak pompan sorang
2. Anak pompan sekolah tinggi 20 tingkat
3. Anak pompan paling jambu dalam family
4. Anak pompan kerja high post
5. Anak pompan biasa pakai barang branded
6. Anak pompan yang tastenya... berkajang-kajang kalau disenaraikan
7. Kakak belum kahwin; jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus
8. Anak pompan yang rasa dirinya... lengkap segala-gala
9. Bapak pompan towkay kayu balak; mak pulak bekas eksekutif
10. Anak pompan tu pun jenis ek... semacam jer

Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni dorang bebual antara family lelaki je):-

1. "Eh! Nak meniaga anak ke pe?" Kadang tu mak bapak ok jer si anak lak lebih-lebih
2. "Kalau pandai masak ke jahit ke; satu hal jugak. Ni asik pandai mekap je."
3. "Camni bilang dorang simpan anak tu dalam store buat perhiasan."
4. "Kalau lawa macam Karisma Kapoor tu takpe jugak. Ni idung pesek macam kena lenyek je."
5. "Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?"
6. "Lupakan sudah budak pompan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones eh?"
Kata2 dari sebelah pompan yang lelaki ingin sangat nak dengar :-
1. "Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi; kita ambik je. Member tak cerewet."
2. "Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment."
3. "Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kita sponsor."
4. "Pasal sekarang ni musim great sale sana sini; jadi kita ada staff discount. Korang cuma kasi 10% je."
5. "Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompan kita ramai lagi."
6. "Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin-kahwin."

Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya; jawapannya :-

1. "Okay setuju. Kita up lagi RM10,000. Nothing much ler."
2.. "Ehh sikit nah! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita punya expectation ler."
3. "Ni hantaran kira Rupiah ke Sing dollars? Kita cuma simpan American dollars je."
4. "Kita tak kasi pakai cash ler. Korang pilih nak AMEX ke; Diners ke; boleh kata semua credit card kita ada lah."
5.. "Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu."
6. "Ni korang mintak hantaran ke; mintak duit nak belikan dia baju tidur.Murah nah?"

Haa... tu lah beberapa kerenah orang melayu kita ni. Jadi untuk pasangan2 yang nak kawin tu; bincang betul2 antara korang dengan family dalam hal ni.

Mak pompan tu pun kalau nak letak harga; berpatutanlah dengan kemampuan pihak lelaki. Kalau tak berdengek lelaki tu nak adakan hantaran mahal2.

Hati dah suka punya pasal; semua boleh aje. Cukup time badan cengkung-mengkung tak larat nak naik pelamin pasal kerja tiga empat macam untuk kumpul duit. Ada pulak tu..yg terpaksa amik personal loan.. bank rakyat... bank Islam... atau guna kredit card.. lepas kawin.. kepala lagi sewel, dok pikir nak bayar hutang, loan rumah, loan kereta, loan komputer, 'loan bini',.. tak tercapai lah maksud perkahwinan yg sepatutnya semakin memudahkan kehidupan.. dah terbalik.. jadi semakin susah. Entahlah... . dunia... dunia... "

10 Mei 2008

JANGAN KETUK NANTI TERBAKAR

Korang bace je la......


Some tips ladies & gentlemen...........
JANGAN KETUK NANTI TERBAKAR

Kalau kita ke stesen minyak, selalunya ada tanda arahan yang mengingatkan kita agar jangan menggunakan handphone, matikan enjin
kereta dan jangan merokok kerana benda-benda ini amat bahaya....

Ada satu lagi perkara yang tidak diberikan amaran / larangan langsung sedangkan ianya tidak kurang mendatangkan bahaya. Selalunya apabila kita memasukkan nozel ke dalam muncung tangki kereta, kita akan menunggu sehingga habis minyak yang kita beli. Kebiasaannya juga apabila nozel hendak dikeluarkan, kita mengetuknya pada muncung tangki supaya titisan-titisan terakhir petrol masuk ke dalam tangki dan tidak tertumpah.

Tapi awas : Ambil perhatian bahawa nozel tersebut adalah besi, muncung tangki juga diperbuat dari besi. Sekiranya terdapat karat pada nozel
dan muncung tangki pula bergerigi, kemungkinan bila kita mengetuknya api akan menyala ('spark').
Janganlah disebabkan tidak mahu rugi setitik dua petrol, kebakaran pula yang terjadi .

Dinasihatkan:
Jangan ketuk , tapi biarkan nozel tu lama sedikit untuk memastikan minyak telah berhenti mengalir.

07 Mei 2008

APAKAH PERSOALITI ANDA?

Assalamualikum n Salam sejahtera Semua,

Hai...fica tak tahu nak mskkn aper kt lam blog fica nie..
tp rasenye kali nie fica nak keutarakn tajuk nie plk.....
Hari ini fica nak tengok personaliti
anda. Bukan untuk apa, cuma kekadang kita
terlepas pandang.

Ada yang sibuk sangat tengok hal orang lain
hingga tak nampak kebaikan atau keburukan diri
sendiri.

Personaliti yang wujud dalam diri kita adalah
dalam bentuk yang dinamik, ia terus berkembang
dan boleh berubah.

Mengenalpasti personaliti diri adalah merupakan
satu aset penting untuk anda mengenali dan mendalami
diri anda sendiri.

Dengan memahami personaliti yang terbentuk dalam
diri anda maka lebih mudah anda menyesuaikan diri
dengan persekitaran.

Ada beberapa personaliti yang dirumuskan berdasarkan
kajian dalam bidang psikologi.

A) PERSONALITI PERIANG
=======================
Seseorang yang periang akan mudah bergaul dgn
orang lain dan bagi mereka bertemu dan bergaul
dengan orang lain itu adalah sumber kepada
kebahagiaan dalam hidup.

Mereka biasanya:

1. Berasa selesa apabila berada dalam keramaian
dan seronok bertemu dengan orang lain.

2. Lebih mudah berhubung dengan dunia luar
berbanding dengan dunia dalam diri mereka sendiri
atau berfikir dengan idea sendiri.

3. Lebih suka berbincang dengan orang lain dalam
mencapai keputusan berbanding membuat keputusan
sendiri.

4. Lebih banyak bercakap dari mendengar.

5. Berkebolehan menganalisis situasi baru dengan
mudah.

6. Gemar dengan aktiviti keramaian seperti majlis
makan, sukan, pesta dan lain-lain.

7. Happy go lucky dan gemarkan muzik harmoni dan
rancak.



B) PERSONALITI PENDIAM
=======================
Bersifat:

1. Lebih suka menyendiri.

2. Sanggup melakukan apa saja untuk menjayakan
ssesuatu yang disukai.

3. Mudah merasa diketepikan dalam keramaian.

4. Lebih suka memikir dan mencari penyelesaian
untuk masalah yang dihadapi secara bersendirian.

5. Menjadi pemerhati dan berfikir lama sebelum
melibatkan diri dengan seseorang atau sesuatu.

6. Seorang pendengar yang baik, kurang gemar dipuji
dan tidak suka berbual atau mencampuri hal orang
lain.



C) PERSONALITI PERASA
=======================
Bersifat:

1. Mahu jawapan yang pasti dan tepat.

2. Suka kerja yang berperaturan dan kerja yang
mempunyai pulangan yang banyak.

3. Suka mengumpul banyak dan cukup maklumat
sebelum bertindak.

4. Mementingkan fakta dan bukan teori serta tiada
masalah berhadapan dengan perkara remeh temeh.

5. Lebih suka melakukan sesuatu dari hanya
berfikir untuk melakukan sesuatu.

6. Kurang mempunyai firasat.


D) PERSONALITI PERAMAL
=======================
Sifatnya:

1. Gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa.

2. Selalu mempunyai jawapan yang sesuai untuk
setiap persoalan dan bijak mengenalpasti peluang
baru.

3. Tidak suka melakukan kerja yang remeh temeh.

4. Gemar belajar mengenai perkara yang baru tapi
kurang menggunakan ilmu tersebut.

5. Sering memberi jawapan berbentuk umum.

6. Gemar kerja yang mencabar dan kurang gemar
melakukan kerja yang sama sepanjang masa.

7. Banyak persoalan yang ditimbulkan dalam
perbincangan.

8. Suka menguji kebolehan orang lain.


E) PERSONALITI PEMIKIR
========================
Bersifat:

1. Mudah mengingat nombor berbanding dengan wajah
dan nama orang.

2. Sering bertenang walaupun dalam suasana yang
menyebabkan orang lain panik.

3. Yang penting dia mestilah benar setiap masa.

4. Kadang-kadang kelihatan seperti orang yang
keras hati dan mudah mengkritik.

5. Baik dalam merancang sebarang kerja dan
mengurus kerja peribadi.

6. Suka melihat sesuatu dengan lebih mendalam
sebelum membuat keputusan.


F) PERSONALITI SENSITIF
=======================
Bersifat:

1. Sering mmbayangkan diri mereka dalam situasi
yang dialami oleh orang lain. Lebih mudah simpati
dengan perasaan,kehendak dan kesukaan orang lain.

2. Dalam membuat keputusan sering bertanya
sendiri apa yang saya rasa dan apa yang orang
lain rasa dan bukan apa yang betul.

3. Suka menolong orang lain walaupun tahu mereka
dipergunakan.

4. Tidak gemar menyampaikan berita buruk kepada
orang lain.

5. Akan melakukan apa saja untuk tidak melukakan
perasaan orang lain atau menimbulkan konflik
dengan orang lain.


...yang mana satu personaliti anda? Atau ada
lebih daripada satu personaliti anda?

Tak perlu beri jawapan kepada saya. Fikir-fikirkan.


Wassalam.