THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

31 Disember 2007

Penjagaan kesihatan

Assalamualikum n slm sjahtera semua....

Kita pun tahu kan, menjaga kesihatan adalah 
sangat dituntut oleh agama. 

Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan. Samada
dari segi sains dan atau diajar oleh Al-Quran.

Antaranya adalah seperti:

1. Bersenam atau beriadah.
2. Mengawal makanan.

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" 
setiap pagi boleh mengawal berat badan anda.

Insyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan 
anda akan berkurangan (memang terbukti 
keberkesanan).

Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan 
seperti membuat amalan berikut:

1) Mandi Pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya 
sejam sebelum matahari naik. 

Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh 
mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh 
saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan 
badan tak gemuk.

2) Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk 
setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari 
penyakit (susah nak kena sakit).

3) Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur 
(iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas 
membaca doa). 

Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. 

Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian 
kenapa dalam sehari perlu kita sujud. 

Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter 
ruang udara dalam saluran darah di kepala yang 
tidak dipenuhi darah. 

Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang 
berkenaan.

4) Dalam kitab juga ada melarang kita makan 
makanan darat bercampur dengan makanan laut. 

Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. 
Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti 
oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam 
mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi 
ion (-). 

Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka 
terjadi tidak balas biokimia yng terhasil yang boleh 
merosakkan usus kita.

5) Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan 
dan bila habis hendaklah menjilat jari. 

Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime 
banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 
kali ganda terdapat dalam air liur. 

Enzime ialah sejenis alat percerna makanan, tanpanya 
makanan tidak hadam.

semoga bermanfaat.

Jumpa lagi.

Wassalam.

27 Disember 2007

Kalau..kalau...ntah ape ntah..

kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome hantar msj/komen dlm *&$#@?# cepat2 dibalas..
kalau lelaki xhandsome dia akan ckp buang masa je layan..

si kalau lagi... [2]

Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap:: woow, ciri-ciri isteri idaman...
kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul...

kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman nih...kesian
kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak huduh...

kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati...!
kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu...

kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: ok gak la....
kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!

kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu....
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:...patut pun kena reject...

kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: ntah dato' mana bela nih....
kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: musti anak org kaya nih.....

kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri...

kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh....
kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu....

kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: dont worry..i will make u happy forever
kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2...

kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu...
kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak????

kalau perempuan lawa main2 miss call
Lelaki akan kata: takpe...
kalau perempuan tak lawa main2 miss call
Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke... sibuk ni tau..

kalau perempuan lawa hantar2 email
Lelaki akan kata: sukenya....
kalau perempuan tak lawa hantar2 email
Lelaki akan cakap: balik2 email dia...boring

26 Disember 2007

Nak hilang pening pala la




emmm best juga lagu2 depa nie

Berhibur jap....




rehat2kn minda jap

20 Disember 2007

Peluk isteri tiap pagi panjang umur 5 tahun??..

Amalan suami memeluk isteri bagi tempoh 10 saat setiap pagi boleh membantu memanjangkan jangka hayat lelaki bagi tempoh lima tahun. 

Kajian yang pernah dijalankan di luar negara menunjukkan amalan memeluk isteri dapat merangsang pengeluaran hormon yang seterusnya membantu menyihatkan badan suami. 

Pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, yang mendedahkan perkara itu, berkata amalan itu selain membantu menambah kebahagiaan rumah tangga turut mampu mengurangkan masalah kesihatan yang dihadapi lelaki. 

"Pelukan tidak perlu terlalu lama, cukup dengan hanya 10 saat yang diamalkan setiap pagi kerana ia dikatakan dapat memberi jangka hayat untuk lima tahun lebih panjang kepada suami," katanya pada Persidangan Ke-3 Perubatan Daripada Perspektif Islam di sini, semalam. 

Pada persidangan itu, Dr Fadzilah membincangkan mengenai "Perkahwinan Dan Seks: Penawar Dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit". 

Beliau berkata, melalui perkahwinan banyak kebaikan yang akan didapati pasangan terbabit selain perkongsian hidup dan kasih sayang. 

Katanya, perkahwinan juga adalah placebo atau penawar serta rawatan kepada pelbagai masalah termasuk penyakit berkaitan emosi dan rohani. 

"Melalui perkahwinan, pasangan akan berkongsi kasih sayang yang seterusnya dapat menjadi ubat kepada pelbagai penyakit. Malah, mereka yang sudah kahwin dan berpenyakit mempunyai dua kali lebih banyak peluang untuk sembuh berbanding mereka yang tidak berkahwin," katanya. 

Dr Fadzilah berkata, hubungan seks melalui perkahwinan pula dikatakan mampu menjadi terapi kepada masalah tekanan serta pelbagai penyakit lain yang dihadapi pasangan. 

Katanya, hubungan berkenaan akan membantu menguatkan fizikal, memantapkan emosi serta rohani selain dapat mencegah nyanyuk dan membantu awet muda. 

Mengenal llaki mlalui zodiak

Capricon ( 22 December - 20 Januari)

Orang Nya: Egoistic, ada batu duduk di atas itu kepala, pendekkata Capricon seorg yg sukar nak meluah kanperasaannya. Jarang sekalianda akan mendengar dia melafazkan 'cinta' pada anda
Tips utk memikat: COOL aje sis..nak tekel mereka bukan mudah..jgngive in selalu..ajar sikit..mereka jual mahal..kita jual lagi mahal
WARNING: Macam layang2 putus tali..jual mahal..mahal jugaksis..jgn mahal sampai terputus tali..melepas lah kau nanti...

Aquarius ( 21 Januari - 19 Februari)

Orang Nya: Pijak semut tak mati..
Tips utk memikat: Kacang aje..sentiasa berpakaian cantik,glamer..comfirm dia sentiasa nak berkepit aje dgn u
WARNING: Lelaki Aquarius nie cepat bosan dgn org..so sbelum diatinggal kan kita..kita blah dulu

Pisces (20 Februari - 20 Mac)

Orang Nya: Segak, bergaya, ngada-ngada, choosy..
Tips utk memikat: Kasi jer belacan...
WARNING: Diorang tak suka makan belacan!

Aries (21 Mac - 20 April)

Orang Nya: Anak mak! smart mamat. intelligent,
Tips utk memikat: Bagus utk minah2 tudung (NO OFFENCE) but itstrue..Jejaka Aries suka wanita yg sopan, tata-tertib. .sebab nakbawa tunjuk mak so kena lah bawa balik yg bagus punya
WARNING: Jika anda betol anda rasa aries ini pilihan anda, pilihlah. Kalau tidak, jgn lah main-mainkan hatinya. Hati dah luka sukar nakdibaiki. Macam moto yang dah rosak, makan bulan di workshop baru baik.

Taurus (21 April - 21 Mei)

Orang nya: Mencabar. garang seperti singa, takut seperti tikus.Mereka tidak tetap dgn pendirian sendiri...
Tips utk memikat: Low profile sikit, mereka suka sesuatu ygmencabar, let him find out the real u..
WARNING: Kadang-kadang diorang suka buat kelakar seorang seorang...kesian takde orang lain layan...

Gemini (22 Mei - 21 Jun)

Orang nya: Gemok! egoistic, tak suka kalah. Kalau ada debate, jgnharap anda nak menang..dalam apa2 persoalan jua mereka ada aje alasannya
Tips utk memikat: Sabar aje lah..be patient. Sebagai perempuan, mengalahlah sikit..lambat laun hati nya akan lembut jugak..Lelaki Gemini nie sukapada perempuan yg lembut, hatinya akan lembut jua.
WARNING: Jgn bersikap terlalu kasar dgn nya..kalau dah tak tahan dgnmereka..blah aje jgn banyak cakap..mereka panas baran. Tak guna bertengkaranda tak akan menang punya pasal diorang nak menang jer.

Cancer ( 22 Jun - 23 Julai)

Orang nya: Segak,Step kaya, bermurah hati, suka menunjuk-nunjuk dengankemewahan..tetapi mereka adalah sebalik nya..(berhati- hati ya)
Tips utk memikat: Jgn pulak anda pun nak step kaya...nanti habis duitdikebas.
WARNING: TOLONG Jgn terpedaya dgn kata manis nyer.. first first manis,kalau dah lama jadi masam.. kadang kadang jadi basi...

Leo (24 Julai - 23 Ogos)

Orang nya: penyayang, warm hearted, tidak kedekut bila mahu berkongsikesenangan dan kemewahan dengan org yg disayangi nya. Suka memberihadiah. Jejaka Leo ini juga seorg yg ambitious, self-centered tapi takego(jejaka leo memang gitu)...Kuat ingatan, so berhati2 didalam setiap kata2dan perbuatan anda.
Tips utk memikat: sebagai perempuan, harus lah menunjukkankewanitaan yg selembut-lembut nya. Kena tahu bagaimana menilai danmenghargaisetiap ciri dan kualiti ada pada jejaka leo.
WARNING: Jgn..saya ulangi..JGN bercakap atau memuji lelaki lain dihadapanLEO. Mereka tak suka dibanding-bandingka n dengan org lain..merekatu sensitif dan kuat cemburu! Lelaki Leo ak suka berkongsi perempuannyadgn org lain.

Virgo (24 Ogos - 23 September)

Orang nya: pemalu, tak pandai mengawal emosi, ceng'eng. Suka mencariperhatian dari perempuan... .Sanggup melakukan apa sahaja utk memikatperempuan yg kadang2 boleh memalukan perempuan tersebut.
Tips utk memikat: Lelaki Virgo suka yg pendiam, tak kecoh,sofisticated,simple, jgn banyak cakap..(cerewet pulak si virgo nie) So kenalah pandaimenyerlahkan nilai2 kewanitaan, gayayang manis, kelembutan dan tak lupakesabaran..( virgo ceng'eng..kuat merajuk)
WARNING: Bila pergi dating, jgn pakai yg ter "over welming"..virgoini gatal..(chicky duck) kalau dia over gatal, kasi jer flying kick samadia.

Libra ( 24 Spetember - 23 Oktober)

Orang nya: cerewet, posessive, takes things lightly when comes toquarrel tapi jujur dlm segala hal...
Tips utk memikat: Senang aje..Libra sukaperempuan yg ceria, happy go lucky..SO be urself
WARNING: So bila nak date..makai lah make-up yg sederhana..tapi jgn lupacover-up pimple jika ada..a big turn off for Libra pasal diorang ingatdiorang nie semua hensem coz Samy Velu pon Libra jugak tapi tak hensempon...

Scorpio ( 24 Oktober - 23 November)

Orang nya: action serius, mudah cemburu, mood swing..
Tips utk memikat: Sentiasa menghargai nya..nak bergayut di talifonberjam-jam pun takpe! janji dgn dia, kerana Scorpio ini macam Libra juga,posessive.
WARNING: Buat pilihan yg betol bila mahu memikat scorpio, keranabila dah terjerat susah nak escape dari scorpio...(jgn kata guek tak kasiwarning)

Sagitarius ( 23 November - 21 December)

Orang nya: Fu..yoh..siapa dpt memang untung...Sagitarius org nya happyaje..suka (bergembira tepok tangan sama2..la la la..) bawa partnerjalan2..sort of adventurous
Tips utk memikat: Sentiasa ada plan bila nak keluar..tengok wayang ke?anything asal kan jgn membosan kan...
WARNING: Jgn "u plan..i plan lah"..'confirm tak ada plan'.


Lihat cara makan si dia

Bagaimana cara makan, begitulah cintanya " Ish! Pelahapnya dia makan! 'Cancel' nak buat pak we!! Tengoklah tu makanan tepi bibir pun tak dilapnya. Eiii....teruknya." Perhatikan gaya teman kamu makan! Masing-masing ada gaya yang tersendiri. Ada yang makan penuh kesopanan, ada yang makan sambil bercakap bahkan sambil tersembur pun ada! Ha...jangan tak tahu. Gaya makan si dia di meja makan juga ada memberikan gambaran sikap sebenar si dia. Apa kata kita selidik. Perhatikan lah bagaimana gaya si dia makan tapi jangan pula sampai dia terperasan. Barulah kamu boleh menilai peribadinya.


Makan dengan tenang

Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun di sebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! Cewah!


Asyik belek makanan 
Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!


Serius ketika makan 
Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!


Makan sambil borak 
Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. 'Angin satu badanlah pulak!


Makan sambil kerap 
Tengok jam tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih pangjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.


Makan sambil merungut 
Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas kamu nanti!

Sekadar Menilai Peribadi Kita

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan 
apakah
 kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita 
pelajari
 dan cabaran yang perlu kita hadapi. 

Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh 
mencampurkan 
nombor
-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor 
tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita 
untuk 
kita
 menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan 
pilihan yang kita ada. 

Contoh: 
12 April 1974 

12 + 4 + 1974 = 1990 

1 + 9 + 9 + 0 = 19 

1 + 9 = 10 

1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1) 

Keterangan nombor lahir 

1. Ketulenan 
-
 Hadir dengan idea baru. 
- Memperolehi sesuatu dengan 
cara yang tersendiri. 
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari 
dengan 
baik
 teknik diplomasi. 
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik 
dan 
kebiasannya
 adalah pemimpin atau boss. 
Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka. 
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang 
lain mungkin baik atau lebih baik.Berfikirlah secara terbuka. 

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: 
Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan,Coral Burnett, Wynona Judd, 
Nancy Reagan, Requel Welach 

2. 
Pendamai 
-
Dilahirkan sebagai diplomat. 
-Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan 
orang 
lain
 sebelum mengambil kira dirinya sendiri. 
-Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. 
-Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka 
dan 
berupaya
 mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup 
untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi. 
-Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut 
belajar 
untuk
 meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung. 

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: 
President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg
,Thomas Edison, 
Wolfgang Amadeus Mozart. 

3. Ceria 
-
 
Golongan ini merupakan golongan yang idealistik. 
-Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. 
-Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. 
-Mereka suka orang 
lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.Mereka sangat popular dan idealistik. 
-Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik. 
-
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: 
Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster 

4. Konsevatif 
-
 
Golongan ini sangat peka dan tradisional. 
-Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. 
-Mereka hanya 
akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. 
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil. 
-Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri. 

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: 
Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan 

5. Perintis 
-
 
Mereka adalah perintis. 
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). 
-Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. 
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. 
Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti. 
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan. 

- Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: 
Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil. 

6. Romantik 
-
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. 
-Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. 
-Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. 
-Mereka suka seni musik. 
-Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius. 
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

- Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: 
Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep

Christopher
 Columbus, Goldie Hawn 

7. Intelektual 
-
 Golongan ini adalah Pencari. 
- Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi
,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. 
-Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. 
- Mereka suka mempersoalkan 
apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. 
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. 
Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. 
-Mereka sangat suka berahsia. 
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar. 

-Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: 
William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana 

8. Penyelesaian 
-
 Golongan ini adalah penyelesaian masalah. 
-Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. 
-Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. 
-Mereka sangat suka mengendalikan manusia. 
Mereka melihat manusia secara objektif.Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua. 
-Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain. 

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: 
Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison, Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus. 

9. Pelakon 
-
 Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. 
- Mereka sangat penyayang dan pemurah. 
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. 
-Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. 
-Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. 
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). 
Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang. 

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: 
Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley

19 Disember 2007

WANITA, MATA & WARNA KEGEMARAN

Wanita dan Mata 

Mata Kecil 
Wanita mata kecil di dapati peramah, banyak mulut, kurang pertimbangan. Awas! Kaum Adam boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya! Periang tapi bila mara, sukar nak pujuk! 

Mata Sedang 
Mungkin macam saiz kacang almond! Wanita bermata almond tak banyak berahsia, bertanggungjawab, sikap bertimbang rasa. Sering perlukan belaian mesra dan manja! 

Mata Lebar 
Yang ini kuat berahsia. Kurang cergas, pemarah, bertindak tanpe fikir panjang. Tak menentu, kurang teratur, tiada arah tujuan dan mudah putus asa. Tapi mereka setia! 

Mata Berkedip 
Memaafkan dan mudah di bawa berbincang, memahami dan penyabar. 

Mata Cengkung 
Anda materialistic, banyak ungkapan kata manis tapi tak pernah di tepati. 

Mata Bulat 
Walaupun mata besar tapi mereka bersifat baik dan tabah. Menyenangkan, mudah ikut kata. 


Wanita dan Bantal 

Watak wanita juga dapat di kenali melalui cara tidur menggunakan bantal. Ada yang gemar tidur tanpa bantal, ada yang suka berbantal peluk dan ada pula yang bertabiat suka letakkan bantal bawah kaki. Pakar menilaikan sifat wanita berdasarkan beberapa cara:- 

Memeluk Bantal 

Wanita yang gemar memeluk bantal ketika tidur biasenya berjiwa seni. Meminati dalam arena sastera, muzik dan menghargai lukisan. Berprasaan halus dan berjiwa romantik. Kadang kala boleh menghuraikan maksud mimpi mereka. Bersopan santun dan cenderung untuk memiliki badan yang langsing jika berkemampuan. (Erhammm..cam da sowang tue plk..mmg tak sah klo tido msti nak pelok batai jer..hahhaha...)

Menggunakan Bantal Lebih Dari 1 
Kategori ini di anggap tak mempunyai keyakinan diri, memerlukan banyak pendamping atau teman-teman agar dapat di hiburkan. Sukar membuat keputusan sendiri dan sebaliknya suka mendapatkan pandangan orang lain.Tak pandai berdikari dan suka bergantung kepada orang lain. 

Tidur Dengan 1 Bantal 
Bijak berfikir dan tak suka mengada-ngada. Boleh menerima hakikat yang sebenarnya! 

Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki 
Tak gemar bergaul-anti social. Bersifat egois. Malas beruseha dan mempunyai sifat kurang baik. 

Tidur Tanpa Bantal 
Positif! Mempunyai sifat percaya diri yang boleh bertukar menjadi egoistic. Terlalu konfiden dan mudah memandang rendah pada org lain. 


Wanita dan Warna 

Akhir skali, pendirian wanita turut dapat di nilaikan melalui warna kegemaran mereka. Apakah tafsiran warna yang sebenarnya? 

Merah 
Hapi-Go-Lucky! Berani, tegas dan mempunyai perndirian sendiri.(Erhammm...warnak kgemaran dak sowang tue juga....aduss cam tue upernye ciri2 dak tue ekk..hahhaha...pssssttttt...camner nie? dak sowang nie slain merah,meron...dia nie suka kaler putih n hitam juga la...)<===== amboiii fica oiii..dan2 jer nak bg tau warna kegemaran ekk..hhahahha...

Biru 
Setia pada pasangan, pandai berjimat, suka berterus-trang, jujur, cekap dan mudah memaafkan. 

Ungu 
Pemurah hati, tak suka di printah, berinisiatif, bijak tapi ada masanya terlalu beremosi. 

Kelabu 
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka berkorban, cerdas dan bijak. 

Kuning 
Gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran. 

Putih 
Bersih fikirannya, tak crewet, berkata benar, jujur, rendah hati, sopan santun, pramah, sentiasa tenteram hatinya,suka menolong dan hidup bertawakal. 

Hijau 
Segar, suka pada kebahgiaan, tak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot. 

Hitam 
Suka menyendiri, perhatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tak mudah di pengaruhi, kuat berfikir,setia pada pasangan, baik hati tapi akan cepat tersinggung. 

Coklat 
Kaya dengan sifat keibuan, merendah diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah. 

Okla, tak kiralah sama ada anda tergolong dalam kategori wanita yang bermata kecil, sedang atau berkedip, suka berbantal atau tak, gemar warna hitam, putih atau kelabu. Kaum Hawe di cipta dengan keistimewaan yang tersendiri. Kecantikan wanita yang sebenarnya bukan terletak pada kehalusan wajahnya, tapi jiwa dan hati nalurinya. Didikan agama paling penting. Betull tak? Dari situlah kecantikan akan menyerlah sepanjang hayat.



Rahsia Lelaki dan Ragam

Tiap orang punya perasaan untuk mencintai dan dicintai. Tipulah kalau ada yang menafikannya. Cuma mungkin ada yang masih belum bersedia untuk menjalinkan sebarang komitmen dan maintain single. Bukan apa, itupun satu langkah berjaga jaga.. takut tersalah pilih! Maklumlah, lelaki ni banyak jenis dan spesisnya (sama macam perempuan juga)! Tersilap pilih, merana badan. Tak usah terlalu memandang paras rupa yang tampan bergaya tapi perangai... Tuhan saja yang tahu! Yang penting, hati kita bahagia bersamanya. Rupa tu, asalkan `sedap' mata kita memandang, cukuplah. Orang lain tu, peduli apa! Kalau bahagia.... kita. Kalau derita pun... kita yang tanggung! Di bawah ini diberikan beberapa cara untuk mengenali jenis lelaki yang ada agar anda boleh membuat pemilihan yang sewajarnya!


Lelaki Bersemangat

Bagaimana mengenali mereka:
Personaliti diri mereka boleh dikenali menerusi penampilan fizikal mereka. Selalunya mereka yang punya semangat tinggi dalam hidup akan sering kelihatan kepenatan. Mungkin selepas makan atau merokok. Dia juga seorang yang lebih suka memendam rahsianya seorang diri dan dari segi kewangan, tidaklah begitu berwang sangat. Satu lagi sikapnya, sering marah dengan ahli keluarga yang lain. Mungkin sebab kekurangan ehat akibat penat bekerja dan melakukan segalanya begitu bersungguh-sungguh.

Maknanya:
Biarpun mereka ini sering keletihan tapi sebenarnya mereka ini
seorang yang sangat bersemangat dalam hidup dan sanggup bekerja keras demi kepentingan keluarga. Kamu boleh bergantung hidup padanya. Cuma sekiranya kamu tak dapat menyesuaikan diri dengan sikap mereka yang keterlaluan dalam kerjaya, boleh membuatkan hubungan itu tidak berjaya seperti yang sepatutnya! Sebaliknya kamu mungkin boleh
menjadi pendorongnya di dalam kerjayanya itu.


Lelaki Takut Komitmen

Bagaimana mengenali mereka:
Dia sememangnya seorang lelaki yang sangat pandai bergaya dan sentiasa berpakaian kemas. Tiap apa yang dipakainya cukup sesuai dengan majlis dan suasana. Pendek kata, mereka memang trendy dari segi pemakaian dan imej diri. Selain itu, telefonnya juga asyik berdering dan pemanggilnya sudah tentu terdiri dari-pada gadis-gadis.
Mengalahkan VIP pulak tu!

Maknanya:
Sekiranya dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan
seorang yang tak boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka padamu tapi beberapa minggu kemudian, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen dengan mana-mana gadis buat masa itu.


Lelaki Anti Perempuan

Bagaimana mengenali mereka:
Perhatikan corak mereka berbelanja, memang boros. Mereka juga kadangkala gemar mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi. Mereka juga tidak sukakan kanak-kanak dan tak begitu rapat dengan keluarga
sendiri.

Maknanya:
Sebenarnya mereka ini bukanlah anti perempuan sangat tapi jenis lelaki yang lebih suka mempergunakan wanita untuk kepentingan mereka. Sebelum memiliki seseorang wanita, mereka sanggup melakukan apa cara sekalipun tapi bila dah dapat, semuanya tak kena! Tapi sikap ini akan berubah bila di satu ketika dia akan mendapati dirinya terpikat dengan seorang wanita tapi sudah pastinya perempuan itu seorang yang menurut kehendaknya!


Lelaki Playboy

Bagaimana mengenali mereka:
Selalunya mereka ini seorang yang berpenampilan menarik dan up to date. Biarpun kadangkala mereka tu taklah begitu kacak sangat dari segi paras rupa, tapi penampilan mereka buat mereka cukup menawan. Kalau bercakap, memang romantis sekali. Kiranya pandai ayat lah ni!
Mereka selalunya memiliki kereta berjenama terkenal dan tinggal di kawasan mewah. Jarang sekali mereka bercakap tentang keluarga mereka.

Maknanya:
Mungkin mereka ini belum terfikir untuk kehidupan berkeluarga.
Hanya mementingkan keseronokan hidup saja dan mustahil jika mereka inginkan sesuatu yang teramat berharga daripada perempuan! Mungkin kerana penampilan diri mereka yang menarik hati, membuatkan mereka sering menjadi perhatian. Jadi, berhati-hatilah! Ada yang berjaya mengikis sikap itu bila usia makin menginjak dewasa tapi usah terperanjat kerana ada yang masih kekal dengan perangai playboy itu biarpun usia dah veteran!


Lelaki Tradisi

Bagaimana mengenali mereka:
Corak berpakaian mereka selalunya sederhana saja, taklah terlalu kuno atau up to date sangat. Tapi mereka agak suka memerintah orang lain menuruti kehendak mereka. Selain itu, dia sangat bijak mengatur soal kewangannya dan sukakan perempuan yang mampu membuatkan jiwanya tenang.

Maknanya:
Bermakna dia ini mampu menjadi suami yang baik nanti. Bagi
dirinya, keluarga adalah segala-gala dalam hidupnya. Mereka impikan sebuah keluarga yang bahagia dan itu juga bermakna dia tak takutkan komitmen.


Lelaki Korporat

Bagaimana mengenali mereka:
Selalunya mereka ini agak pendiam dan suka berfikir secara logik dan rasional. Bagi dirinya kerjaya adalah perkara yang paling penting dalam hidup. Dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup. Jika ditanya, mungkin mereka akan mengatakan bahawa mereka tak merancang untuk membina keluarga dalam masa yang terdekat itu.

Maknanya:
Ternyata mereka ini lebih pentingkan kerjaya dan kejayaan dalam hidup. Sebab itulah dia akan memilih wanita yang pandai berdikari sebagai pasangan. Biarpun romantis tapi kamu tetap akan jadi yang kedua dalam hidup selepas kerjaya.


Lelaki Keparat

Bagaimana mengenali mereka :
Lelaki jenis ini suka bersikap ego dan mementingkan diri sendiri berbeza dengan lelaki korporat yang berfikiran rasional.Lelaki jenis ini selalu memerintah dan memeras ugut sesiapa saja dan boleh dilihat di kawasan parking kereta dan tempat di mana kutu rayau selalu berada.

Maknanya :
Lelaki jenis keparat ini tidak sesuai dijadikan suami kerana perangainya memang kekeparatan dan asyik meminta wang semasa orang ramai parking kereta atau motor.Lagi pun wang yang diperolehi digunakan untuk membeli najis dadah dan sebagainya. Mungkin anda juga boleh dijual atau dijadikan bola sepak.

17 Disember 2007

Skadar suka2 sje

Baca leh...percaya jgn...
kang x pasal2 suma gurlz duk cover tapak tangan
ahakssss.... ! !!!!
(entah tol ker tak ekk?..fica pun tak tau juga...)
 
Sebenarnya, melalui tapak tangan kita boleh membuat penelitian berbagai aspek tentang perangai atau sikap seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan. Melalui tapak tangan juga kita boleh merenung masa lampaunya dan apakah yang tersirat dihatinya. Sentuhan ini disebut sentuhan antara hati ke hati. Akan tetapi ilmu meneliti tapak tangan ini tidaklah perlu mempunyai ilmu firasat atau batin. Memadai dengan melihat beberapa perubahan fizikal tapak tangan seseorang itu, sama ada mereka yang kuat bekerja, malas atau bermacam-macam lagi. 

Justeru itu untuk memastikan seseorang gadis itu masih dara melalui tapak tangannya.. Retak pada bahagian kanan dan kiri tapak tangan kanannya menandakan gadis itu sudah tiada dara. Jika gadis itu masih dara, telapak tangannya samada sebelah kiri atau kanan tidak akan retak. Keretakan ini kelihatan jelas dengan urat-urat walaupun tangan gadis itu lembut. Sebalikknya gadis yang masih ada dara akan kelihatan kiri dan kanan telapak tangan kanannya licin dan lembut. Sebaliknya mereka yang tiada dara, jika ditekan pada bahagian kiri dan kanan tapak tangan kanannya, warna pucat akan berlaku dan lekukan akan kelihatan terlalu mudah menolak balik ke asal.
 
Walau bagaimanapun tidak semua gadis akan mempunyai sisi reka bentuk yang dinyatakan sedemikian. Ini selalunya berlaku pada gadis yang berkulit tebal dan agak kasar. Tetapi untuk mempastikan kedudukan sebenar gadis itu antara masih dara atau tidak, anda juga oleh memerhatikan pada bahagian tengah tapak tangan kanannya. Jika terdapat garisan yang terputus pada bahagian tengahnya bermakna gadis telah hilang daranya. Akan tetapi garisan itu tidak putus bermakna gadis itu masih suci.
 
Selain daripada tapak tangan, ibu jari dan jari kelingking juga boleh memberikan petunjuk sama ada gadis itu masih suci atau tidak. Untuk tujuan itu anda banya perlu menyentuh ibu jarinya dan genggam selama satu minit. Jika ibu jarinya panas dan kelihatan merah apabila dilepaskan dari genggaman anda, gadis itu masih dara.
 
Akan tetapi jika jari itu kelihatan kecut dan pucat walaupun panas, gadis itu sudah tiada suci lagi.
 
Untuk melihat jari kelingking pula anda hendaklah memegang jari kelingking gadis itu dengan sedikit kuat selama seminit, kemudian lepaskan. Tanyakan kepadanya bagaimana rasa jari kelingkingnya setelah digenggam dan dilepaskan.
 
Jika gadis itu mengatakan tiada rasa apa-apa, bermakna dia sudah hilang dara. Tetapi jika dia berkata sesuatu yang sebagai contohnya, berdenyut, berdebar jantungnya, tersentuh perasaan pada hatinya atau setidak-tidaknya sedikit sakit yang berdenyut pada jarinya, maka gadis itu suci.
 
Biasanya sentuhan yang saya maksudkan ini hanya boleh dilakukan antara lelaki dan perempuan sahaja. Jika perempuan dengan perempuan melakukannya ia tidak memberi kesan kepada yang melakukannya. Tetapi untuk tujuan meneliti tapak tangan, anda sendiri boleh melakukannya dengan memerhati garis-garis yang ada. Jangan risau jika terdapat garis-garis pecah pada telapak tangan anda jika anda masih dara. Sebenarnya ada kemungkinan oleh kerana anda bekerja agak keras, maka terdapat pada bahagian tapak tangan anda pecah-pecah atau berurat.
 
Walau bagaimanapun keperibadian yang mulia dan sentiasa menjaga kesucian diri tidak akan memberi sebarang kesan terhadap diri anda.

LANGKAH MENZAHIRKAN CINTA

 Assalamu'alaikum.

Just sharing some good tips before it's too late.....

Cinta adalah permainan hati dan wujud di dalam hati. Oleh itu, bagi
menzahirkan kasih sayang dan cinta, ia mesti dilafazkan melalui
kata-kata, perbuatan dan kelakuan. Ass kepada penzahiran ini adalah
hadis Nabi s.a.w. yang menyuruh kit memberitahu seseorang apabila kita
mengasihinya. Sabda Nabi s.a.w. bermaksud: "Apabila seseorang itu kasih
akan saudaranya maka beritahulah dia bahawa dia kasihkannya. " (Riwayat
Abu Daud dan Tirmizi)

Oleh itu kasih mempunyai pelbagai bentuk; kasih kerana Allah dan agama,
kasih kerana kebaikan seseorang serta akhlaknya dan sebagainya.


Dalam aspek rumahtangga, wujud kasih sayang dan cinta antara suami
isteri. Ia perlu dizahirkan. Biasanya isteri lebih banyak dan pandai menzahirkannya. Suami pula biasanya kurang romantik dan kurang
menzahirkannya. Walau bagaimanapun setiap pasangan harus memulakannya.
Jangan hanya harap pasangan anda menzahirkannya sedangkan anda hanya
diam membatu diri. Pepatah menyebut "THE MORE YOU GIVE THE MORE 
YOU GET"

LANGKAH MENZAHIRKAN CINTA

1. Panggilan suami isteri. Gunakan panggilan yang baik. Isteri
memanggil suami dengan perkataan 'abang, honey, darling, sayang,' Suami
pula memanggil isteri dengan panggilan 'honey, darling, sayang,' atau
nama manja. Nabi s.a.w. memanggil A'ishah dengan 'Humairaa' yang boleh
diertikan 'si merah jambu'. Elakkan panggilan 'ayahnya, bapanya,
abahnya, papa, daddy' dan seumpamanya. Elakkan 'maknya, mama' dan
sebagainya. Ini berlaku selepas pasangan mendapat anak. Panggilan ini
kadang-kadang bukan sahaja digunakan di hadapan anak bahkan semasa
pasangan berdua sahaja. Jangan jadikan panggilan 'darling' dan 'sayang'
di awal perkahwinan, tetapi di akhir perkahwinan 'pinggan dibaling
senduk melayang'.

2. Bantu-membantu. Realiti kehidupan hari ini kedua-dua suami
isteri bekerja. Waktu pejabat adalah dari jam 8 pagi hingga 5 petang.
Isteri akan bekerja semula sebagai surirumah seperti memasak, membasuh
baju, mengemas rumah dan mengurus anak. Alangkah baiknya jika suami
turut membantu kerja-kerja tersebut. Apabila ditanya tentang kerja Nabi
s.a.w. di rumah, A'ishah berkata: "Adalah Nabi berkhidmat untuk
isterinya (membantu isterinya dalam kerja-kerja rumah). Apabila
terdengar azan, baginda keluar". (Riwayat Bukhari)

3. Saling berkomunikasi dan berhubung. Komunikasi amat penting.
Berbual dan bertanya khabar adalah satu bentuk komunikasi. Penggunaan
SMS dan sebagainya amat baik. Hantarlah mesej tertentu seperti jenaka,
teka-teki, cerita seks yang nakal dan sebgainya. Hubungan tanpa
komunikasi adalah hubungan yang hambar. Lebih banyak kita berkomunikasi
lebih banyak kita memahami. Tetapi waspada...jangan terlebih
berkomunikasi hingga bertukar menjadi benci.

4. Hadiah. Hadiahkanlah sesuatu kepada pasangan anda sempena hari
keramaian seperti hari ibu, hari pekerja, hari raya atau hari minggu.
Hadiah akan mewujudkan kasih sayang. Berilah hadiah nescaya kamu pasti
akan kasih-mengasihi. Hadiah tidak semestinya mahal. Yang penting
keikhlasan dan penghargaan. Membeli bunga yang berharga RM3 pun sudah
memadai.

5. Membuat kejutan. Contohnya suami mengajak isteri makan di
tempat tertentu atau sebaliknya pada waktu yang sesuai seperti hari
minggu.

 6. Menjaga lidah agar tidak bercakap perkara yang tidak sesuai.
Mulut murai, mulut 'laser' dan mulut celupar adalah perkara yang mesti
dielakkan. Ada kemungkinan kata-kata akan menikam pasangan anda dan
menyedihkannya. Disebut dalam hadis bahawa Nabi Muhammad s.a.w. tidak
pernah bercakap perkara keji.

7. Memberi galakan terhadap minat pasangan atau hobinya. Salah
satu kaedah memberi galakan ialah menyediakan ruang untuk pasangan
melakukan aktivitinya, membeli barang kegemarannya atau melibatkan diri
dengan hobi tersebut. A'ishah, isteri Nabi Muhammad s.a.w. ingin
melihat orang Habsyah bermain. Nabi s.a.w. bersama A'ishah dan
menemaninya hingga A'ishah berasa jemu. A'ishah berkata yang bermaksud:
"Aku melihat Nabi s.a.w. melindungi aku dengan kain selendangnya,
sedangkan aku ketika itu sedang melihat orang Habsyah bermain di masjid
hinggalah aku berasa jemu..." (Riwayat Bukhari). Jangan larang pasangan
anda melakukan aktiviti kesukaannya. Ada kemungkinan pasangan anda akan
menghabiskan masa yang terlalu lama hingga mengabaikan tanggungjawab
atau menghabiskan wang yang banyak dengan aktivitinya. Anda boleh
berbincang dengan baik bagi mengatasi tabiat buruk itu.

8. Ucapan tanda penghargaan. Jangan lupa mengucapkan terima kasih,
 ucapan tahniah, ucapan takziah dan sebagainya.

 9. Menghargai pemberian pasangan. Jangan dilihat pada kualiti atau
harga pemberian itu, tetapi pandanglah pada hati yang ikhlas yang
menghadiahkan benda tersebut. Yang lebih penting adalah yang tersirat,
bukan yang tersurat. Jaga pemberian tersebut dengan baik. Jika tiada
hadiah berbentuk material, ucapan sudah memadai..... .


Sumber: CAKAR HARIMAU Tips Kebahagiaan Rumahtangga oleh 
Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

10 Disember 2007

Tercekik Tulang

Ni ada petua berpandukan pada pengalaman si penulis ( maksudnye pnulis yg fica katakn tue sorg llaki..bukan hasil nurkilan fica.. fica cuma mskkn kt dlm blog fica jer sbb kesanye mnarik... hahhaha.. ramai yg tkeliru dgn citer tue..tanye fica nie ppaun ke llaki? fica ppuan la )...tapi
sebelum tu kena hayati penulisannya dulu ke....sabao....baca 
sehingga abis k....

Erhammm... Maybe some of u guyz got this before(but)
sincerely sampai dah abis baca pun...fica masih dok tersenyum senyum
tau....( Cite nie fica dapat dr sorg teman yg antarkn email kt fica....sje mskkn kt blog kiter nak kongsi2 citer.....hahhahahha ) tq kt abg is atas citer yg mnarik nie.....



Subject: Petua Nenek Moyang Fasal "Tercekik Tulang" 

Ni petua tercekik tulang. Kalau rasa ok .. amalkan.

Tersebut laaa Kisah...


Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik,
bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis
makan besar-besar dan best-best!!! 

Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka
stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "pulang ke pangkal jalan'"...maka
adalah yg tak kena sana sini...oh..

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk 
ustaz)lalu ada yg sound:

"apahal duduk macam nak berlari ajer...."

"tak baik lutut tinggi pada makanan.."

" ni duduk ke nak berak nie..?"

Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat 
muka seposen...aku pun basuh tangan, Nota untuk mua'alaf: sebelum makan
sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah
jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan
segala urusan hutang piutang korang. -Hutang kereta/rumah/kahwin/
study/along bla bla bla!!!

Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya
juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah 
pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material
apa? stainless steel ke inconnel 601? nak pakai colour camne? matelic
ke cooper? kan susah tu!!!

Tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan 
meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena
pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu
30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia , bla bla bla!!!

Biasa korang belajar doa makan macam nie:
"Allahummabariklana (hingga akhir)
Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan
mudah sajer:

"Bismillah, barkatillah"
Lepas tu makan lah, dengan tiga jari(sunnah Nabi) 
kemudian, ada pulak

suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan
tiga jari?"

aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua
kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! "

Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan 
tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar
flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan
maju, maka aku menukar jariku dari 3 epada 5...oh..tepuk dada tanya
iman.. 

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak
berbasuh... Diorang tegur:

"essh..pengotor betullah" Aku kata:
"Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan taik!!!"(tapi aku kata dalam hati 
sebab aku kena kuatkan iman)

"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya
diorang pada aku..

"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan
sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku... 

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err
maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka
kalau aku ubah topik dengan bertanya :

Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan 
kambing makan daun?

Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla
bla bla..

Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan
kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"

aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan,
tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan
kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan,
maka di kira ibadat..Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah 
Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang... hakikatnya kenyang
datang dari kudrat Allah."

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan...(bayangkan
seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat 
secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air
dengan cepat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya....kesian
mak aku...

"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah 
Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang
aku) Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas..
" Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..

Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua 
kena lurus... !!!" (bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil
kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat
sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..) 

Aku kata: "Sekarang sebut:
SUPERMAN RETURN!!!!!!
" HA HA HA....(semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.
Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..alhamdullillah 

semuanya dari Allah!!! he he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just
pengalaman.


PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat(over
ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak 
bertanggung jawab!!!