THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

24 Januari 2008

BERUSAHA MEMBUAT SUAMI TERTARIK

Bismillah,pakai magnet x jd ke na tarik somi? Hahaha…tlintas kt pala otak nie nak keutarakn tajuk ni mbuatkn fica ingin mgulang bbrpa idea yg dilontarkan di dalam artikel asal tuannya. Mungkin ada yg blh dimanfaatkan oleh para isteri n bakal ist3 tp utk somi, x aci aarr.. klo kita jenus tarik tapi korang plk suami asyik tarik ke lain pulak..ikutlah (hargailah) tarikan para ist3 nie plk

Selalu berdoa agar suami menyayangi kita-->
Kat mana betulnya? Sebab hati suami itu adalah milik ALLAH SWT. Maka menjadi hak ALLAH utk mengatur hati si dia bagaimana. Sebagai hamba, hendaklah kita rajin berdoa kerana orang yang berdoa itu dekat dengan ALLAH SWT.

Prihatin-->
Tanpa bertujuan merimaskan, dgn btanyakn aktiviti harian diorg. Namun perlulah diingat jangan la nampak mcm polis yang tangkap penjenayah walaupun kadangkala suspek kita itu kelihatan benar-benar sedang melakukan kesalahan. Maksud fica tentang prihatin adalah; amik tau susah senang dia kat opis tadi. Kalau dia enjoy, kita pun tumpang hepi kan, dan kalu dia tension,alahh kiter tumpang2 ler aje wat2 geram utk kasik dia semangat.

Masa berkualiti-->
Musti mau ada masa duduk setempat dan duduk rapat2. kalau can besar gi dok peluk2 atas katil ke. Memang kite surirumah bz banget layan anak lagi, layan keje umah, keja opis lagi tapi kite punya suami kalau tak dilayan nnt lagi berat la kes dia.

Hadiah-->
Boleh tya kesukaan dia (klo baru kawin) pada keluarga terdekat. Klo dah lama kawen, takkan takleh tangkap taste dia lagikan. Biasa diorg ni tak appreciate benda yg besar2 sangat tapi benda yg kita nk kasi musti touching mcm masakan. Tapi kalau masak sedap2 tapi tak cakap, ‘this is special 4 u’ maka susah la jadik speselkan....kan.....

Pujian-->
Biarlah dia tak encem, kate jek dia encem sbb dah dia jd suamikan? Jangan berani2 kata org lain encem tau…tak baek…benda lain yg wajib puji adelah apa sumbangan dia pada kita mcm tulun sidai kain ke, even dukung anak ke, mmasak ke… kemas umah ker...alah aper2 jer la yg sama waktu dgn nye.... (bodek jngn tak bodek...hahhaha)

Pujuk-->
Yg ni tak semua laki nak.Ada yg prefer dia sejuk sendrik je, maka biarla dia sejuk sendiri, takyah susah2 nk kipas kasi sejuk. Tapi kalau dia hya akan sejuk dgn kita mengipas, maka kipas cepat2, kalau tak buat susah je gaduh lama2. kang nk mintak tolong gi kedai pun kita yg terkial-kial…haaa...kan sendiri juga yg susah...

Jangan biarkan suami menunggu terlalu lama terutama bila bersiap-->
Hahaaha, yg ni mmg basically org perempuan ramai gitu, pelik ek... suami ekceli kene cakap nk kluar kul 5 if u all wish nk bertolak kul 6..ha ha. Tapi ye jugak kita org perempuan, bagi fica guidelinenya, biarla kemas dan baju bergosok.

Ucapkan--> 
Tenkiu kat suami kalau dia bgtau nk balik lewat. At least dia tak buat kita risau. So, selalu la pesan kat suami kalau dia nk balik lewat ke, nk gi out stesen ke, tolong bgtau ek…

Bila suami mintak tolong-->
Jangan berlengah-lengah. Sebenarnya fica rasa pesanan ni sesuai lagi kat org laki sbb yang biasanya diorg ni kot yg sll berlengah..ha ha…ade sape tak setuju?

Ucapan sayang-->
Sekalipun kita panggil dia sayang, tapi dia panggil kita ‘ehem,ehem’ jangan putus asa. Sll bgtau yang kita sayang kat dia…kasik dia cair dgn kata2 power kite tue....

Kalau kita marah, jangan bising2-->
Buang karan jek kalau kecoh2 nie. Sllnya diorg sedar kita marah so, diam sampai rasa sejuk, bgtaulah ape yg kita marahkan sangat tu secara sopan…jangan tengking2 ek…

Bagi perhatian-->
Kalau suami bercakap, eloknya tgklah muka dia, dan dengar agar kita boleh respon kalau sesuai. Walaupun kalau kita cakap dia lagi suka tgk paper atau formula 1 kat TV tapi jgn layan dia mcm dia buat tu.

Peluk suami-->
Nak peluk sape lagi kalau tak peluk suamikn? Bila kita peluk suami kita, akan mengalir elektrik yang berarus tinggi hingga ada kejutan dalam hatinya. Hasilnya, dia akan lebih kasih pada kita insya ALLAH. Berapa kali mau peluk? fica tak nak bg setting tapi nk bgtau kalau ada peluang, peluk je…jgn tangguh2..alah wat yg tbeak ler gengg....jeng...jengg...jenggg.....

Bab tepon-->
Kalau suami jenis kerap jumpa customer, atau suami sll handle meeting baik jgnla tepon kerap2..nnt buat kacau jek. Dia pun risau org kata dia kene Queen control dgn kita. Tapi kalau dia suka, tepon la dgn kerapnya…atau SMSkan lebih mudah…n murah lagi...(ushh...kedokott nye ko fica oii...nak yg murah jer..hhahaha)

Kaedah mintak tolong-->
Jgn paksa2, as I said tadi, diorg ni sllnya amik masa sikit seblom buat apa yg kita mintak. Kalau dah kompem dia tak suka satu2 keje sbg cth basuh pinggan, so jgn la paksa kang kesudahannya lain je la..

Jaga penampilan-->
Walaupun kita tak lawa, tapi kene la sikat rambut kasi lawa, ikat la kalau mengerbang, bau jangan bucuk esp seblom masuk tidur

Ajak dating-->
Sekali-sekala cari masa utk berdua dengan dia jek…


Sebenornya, teknik ni biasa2 je tapi ramai yg tanak biasakan. Ramai dari kita yang lebih rela membiarkan ‘fasa mendatar’ dalam perhubungan berlangsung begitu lama sehingga menjadikan keadaan susah untuk dibaiki. So fica sarankan sebeku mana sekalipun hubungan kita suami isteri, jangan kekok2 utk kembali mesra. Walaupun nampak teruk utk mula, tapi lama2 ‘alah bias tegal biasakan? Kadang2 tu sambutan dari pasangan juga membantutkan tapi jgn lemah dengan sambutan dingin tu. Belasah jek slow2..baik ada sikit dari takde langsungkan????

15 Januari 2008

KELUASAN NERAKA

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 
"Mengapa aku melihat kau berubah muka?" 

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya." 

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat 
Jahannam." 
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. 

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. 

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan." 

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas) 
Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" 

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." 
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga 
ditanya: 
"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: 
"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." 


Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." 

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai" 

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. 

Tahukah kamu bahawa neraka jahanam itu: 
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat 
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah 
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung 
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah 
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik 
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak 
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum 
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular 
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta 
mengandungi lautan racun yang hitam pekat. 
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat 

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. 

Wallahua'lam. 

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat"..

11 Januari 2008

PENYAKIT KEGEMARAN RAKYAT MALAYSIA

Assalamualikum n Salam sejahtera semuaaaaa,


Emm...lamer plk fica tak nulis lam blog nie.....so hari nie 
fica nak kongsi sdikit ilmu plk kt korg semua......dimana
penyakit ini adalah penyakit kegemaran rakyat
Malaysia.

Apa itu tekanan darah tinggi dan tahap ukurannya?


TEKANAN DARAH TINGGI (HIPERTENSI)
=================================


Fakta:
Tinjauan Nasional & Morbiditi Malaysia
(1996) - Sun, Selasa Mac 6hb 2001
[+] 33% orang dewasa
[+] 2.6 juta berumur 30 thn
[+] 90% boleh dikawal dgn diet, makanan tambahan, 
mengubah gaya hidup

Sebab/Punca :
[+] 85 - 90% faktor keturunan
[+] 40% faktor ahli keluarga terdekat
[+] 23% garam berlebihan


Bagaimana tekanan darah tinggi ditakrifkan?
===========================================

KATEGORI SISTOLOK/DIASTOLIK PENGESYORAN.

Normal
Kurang daripada 130/85 : Periksa semula dalam masa 
2 tahun

Normal Tinggi
130-139 / 85-89 : Periksa semula dalam masa 1 
tahun; ubah gaya hidup

Hipertensi Peringkat 1
140-159 / 90-99 Sahkan dalam 2 bulan; ubah gaya 
hidup

Peringkat 2
160-179 / 100-109 Penilaian Perubahan; mulakan 
rawatan dalam masa sebulan

Peringkat 3
180-209 / 110-119 Penilaian Perubahan; mulakan 
rawatan dalam masa seminggu

Peringkat 4
210 / 120 dan lebih. Penilaian perubatan dan 
rawatan segera

So, jumpalah doktor untuk pemeriksaan
lanjut. Buatlah pemeriksaan tekanan darah anda.
Mungkin setiap 6 bulan sekali. 

Semoga bermanfaat untuk panduan anda.

Jumpa lagi.

Wassalam.

07 Januari 2008

CIRI-CIRI WANITA IDAMAN LELAKI!

Erhamm..Sekali sekala kita beralih kepada perhubungan CINTA. Apakah rasanya ciri-ciri wanita yang digemari oleh lelaki di luar sana? Adakh paras rupa yang cantik dan bentuk badan yang menggiurkan menjadi kriteria utama pemilihan?


CIRI-CIRI WANITA IDAMAN LELAKI!

  • Seorang Pendengar Setia dan Mengikut Kata
    Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan mengikut kata. Malah suami Ina Naim, Suhaimi pernah berkata, antara ciri utama menyebabkan dia memilih Ina adalah kerana Ina menurut kata suaminya. Bukanlah ini bermaksud King Control, tetapi patuh dan taat kepada suami di mana yang patut! Dari segi agama dan perbelanjaan.
  • Suka dimanja ~Lelaki amat suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik. “Cayang buchuk“, “Sayang I love you“, “You memang macho!”, “You sayang I tak Yang?”, “You memang handsome“, “U tak macam lelaki lain!” memang dapat menaikkan ego lelaki dan dapat meredakan kemarahan mereka. Kalau tak percaya cuba lakukan ke atas pasangan anda!
  • Jangan bersolek tebal ~Lelaki tidak suka jika wanita memakai alat solek terlalu tebal seperti penyanyi dangdut!
  • Sentiasa menghormatinya ~Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya. Jangan malukannya dengan perangai anda atau cara berpakaian yang tidak kena tempat.
  • Jangan terlalu kebudak-budakan ~Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan dan terlalu gedik!
  • Agresif ~Lelaki suka sikap wanita yang agresif dan aktif
  • Bukan materialistik ~make -up sampai beribu-ribu. Lelaki yang sanggup mengeluarkan belanja sebanyak ini hendakkan “benda” yang satu itu sahaja. Berwaspadalah!
  • Jangan ganas ~Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

PERUT PUNCA SEGALA PENYAKIT

Assalamualikum n salam sejahtera semua,

Fica nak kongsikan info pasal perut 
hari ini.

Anda kerap diserang sakit perut tanpa sebab? 

Atau anda sering berasa tidak selesa di bahagian 
perut? Awas! ia mungkin pentanda awal kepada 
penyakit lain yang merbahaya kepada anda.

Sepertimana Sabdaan Rasulullah s. a. w, maksudnya:

"Perut manusia itu tempat segala penyakit, 
manakala pencegahan itu pokok dari segala 
pengubatan." (Riwayat ad-Dailami)

Al-Ma'idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut 
(ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut 
dari tempat atau sarang penyakit.

5 punca penyebab penyakit dari perut:
=====================================

1) Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.

2) Terlalu berlebihan semasa makan.

3) Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman 
yang dihinggapi serangga (seperti semut, cicak, 
lipas dan sebagainya)

Sabda Rasululluh s.a.w, maksudnya: 

"Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat 
minuman yang akan kamu minum, maka celuplah 
keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu 
tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. 

Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya 
mengandungi ubat dan pada sayap yang lainnya 
mengandungi penyakit." (Riwayat Abu Hurairah)

4) Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.

5) Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.

Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: 

"Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab 
bersiwak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan 
mulut dan Allah redha kepadanya. 

Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu 
berpesan untuk bersiwak(menggosok gigi)" 
(Riwayat Ibnu Majah)

Jumpa lagi.

Wassalam.

03 Januari 2008

KELAPA @ MUTIARA

Apabila kamu berkawan dengan lelaki,

Ingatlah ada dua pilihan terbentang,

Yang Pertama,

Kamu menjadi seperti kelapa...mudah diperoleh

Diparut...

Diperah...

Dan diambil santannya...

Lepas itu hampasnya dibuang...

Yang Kedua...

Kamu menjadi sebutir mutiara,

Berada di dasar lautan,

Tersimpan rapi,

Dilindungi kulit,

Bukan senang nak melihat,

Apa lagi mendapatkannya,

hanya orang yang bertuah...

Berusaha menyelami dasar lautan,

Dapat memperolehnya,

Harganya mahal sekali,

Dan ia akan tersimpan selamanya...

Jadi...

Kamu pilihlah sama ada hendak menjadi kelapa ataupun mutiara

Disebalik santan...

menjadi penyedap makanan...

diperah segala kenikmatan.. .

dengan mudah jatuh menjadi titisan...

akhirnya habis kari dimakan...

pulut panggang habis ditelan...

dan santan hilang tak jadi ingatan...

yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang...

orang tak kenang jasa santan...

Mutiara...

tertanam di dasar yang paling dalam...

sukar andai mengharap jadi perhatian kerana dilapisi kulit yang keras,

menghadang.. .

namun kiranya ditemui insan...

akan menjadi permata hiasan...

terletak tinggi di cincin idaman...

atau di leher nan jinjang...

atau dilengan menawan...

makin lama mutiara tertanam...

makin tinggi nilaian...

OLEH ITU...TENTUKAN YANG MANA SATU PILIHAN...

Menjadi santan...

Mudah jadi perhatian...

tapi hanya sebentar jadi santapan...

kemudian hilang segala nikmat dan pujian...

Atau...

Menjadi Mutiara...

sukar ditemukan...

namun bila dihias indah gadis perawan...

hilang ia...tangisan mengiringi berzaman...

Kata-kata Mutiara

Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah 
tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan 
pergi.

Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi 
kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda 
lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda ~ Ray Kroc (Pengasas 
McDonalds)

Kita sering nampak derita hari ini, tapi kita jarang ingat 
kebahagiaan untuk esok hari, jadi belajar lah untuk menghargai apa 
yg kita miliki hari ini, kerana kita takkan dapat mencapai 
penghargaan untuk esoknya jika semuanya telah tiada…..

Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita 
tidak menyebutnya dengan perkataan yg mudah.~T.S Matthews

Masa lalu adalah seperti melihat dari tingkap kaca yang berdebu, 
segalanya nampak senyap dan tidak pasti.

Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan 
juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal 
mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi.

Anda mungkin ditipu jika terlalu mempercayai tetapi hidup anda akan 
terseksa jika tidak cukup mempercayai ~ Frank Crane

Ketika kamu melontarkan sesuatu dalam kemarahan, kata -katamu itu 
meninggalkan bekas seperti lubang di hati orang lain. Kamu dapat 
menusukkan pisau pada seseorang, lalu mencabut pisau itu. Tetapi, 
tidak peduli berapa kali kamu meminta maaf, luka itu akan tetap ada. 
Dan, luka kerana kata - kata adalah sama buruknya dengan luka 
berdarah.

SEKADAR NAK LEPASKAN TENSION JER

Kisah Laki Bini

"Ada sepasang suami isteri yang dah lama kawin..Si laki ni ada satu tabiat buruk iaitu setiap kali bangun tidur mesti dia kentut, kentut puaka gitu sebab bunyi dia menggegarkan bilik tidur dan baunya ya rabbi tak leh nak cerita nanti pembaca muntah pulak

Si bini ni memang sokmo komplen pasal kentut tue dan banyak kali termuntah sebab tak tahan…tapi si laki dengan muka penuh selamba menjelaskan, kentut tu perkara semulajadi yang baik untuk kesihatan…. Satu hari si bini yang dah lama tak tahan perangai si laki berkata, " satu hari nanti awak kentut bukan sahaja angin yang keluar… semua isi perut awak pun akan keluar sama, masa tu baru padan muka awak…", si laki cuma sengih jer. 

Hari raya korban pun tiba…keluarga tersebut banyak dapat daging dan dalam banyak2 bungkusan tue ada perut lembu, hati, paru-paru… maka timbullah idea si bini nak pekena laki dia…Masa laki dia tengah seronok tido dia telah longgokan perut lembu yang berjela2 betul2 kat bontot laki dia, lepas tu dia pun ke dapur untuk menunggu aksi seterusnya…. 

Dipendekkan citer…maka laki dia dia pun bangun dan macam rutine biasa dia melepaskan das das kentutnya yang maha dahsyat bunyinya dan maha busuk baunya… si bini tunggu dengan penuh khusyuk. Dari dalam bilik tido terdengar suara laki dia terjerit sakan,…hysteria gitu… sibini tertonggeng tonggeng dan guling2 ketawa. 20 minit pastu silaki pun kedapur untuk sarapan.. sibini pun buat donno dan control ayuuu.... 
"masin betullah mulut awak… habis tali perut saya terkeluar macam yang awak cakap hari tue". Kata laki dia bersungguh-sungguh. "Habis tue abang buat macam mana?" tanya sibini sambil control suara dan perut yang nak pecah sebab nak ketawa. 
"nasib baik abang tak panic… abang terus ke bilik air, dan sekarang dah settle..."
"abang buat macam mana?" Tanya sibini agak suspend.
"Dengan menggunakan jari sahaja abang berjaya memasukkan balik semua isi perut abang tadi…tak payah susah2 pegi hospital untuk operation"…Si bini terdiam kaku… 

02 Januari 2008

AMALKAN PEMAKANAN YANG SIHAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Fica mendoakan agar hari anda lebih baik dari semalam. 

Di sini fica ingin brkongsi sedikit maklumat mngenai stroke berdarah. Dimana puncanya adalah saluran darah yang pecah di dalam otak.Kandungan kolestrol yang tinggi semakin menyempitkan saluran darah menyebabkan tekanan darah yang tinggi meletupkan saluran darah tersebut. Akibatnya darah terpalit di otak dan koma. 

Semoga kita dijauhkan hal-hal begini dan sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat. Oleh itu adalah amat penting kita semua membaca mengenai perihal karbohidrat di bawah. 


Semakin banyak kita belajar, nampaknya semakin banyak kita tahu bahawa banyak yang kita tak tahu!

Diharapkan sedikit perisian ini dapat memberikan sedikit manfaat kepada yang membaca.


======================

Karbohidrat dan Realitinya

======================


Apakah karbohidrat?

Karbohidrat adalah zat makanan yang terbina strukturnya dari GULA. Ia terbahagi kepada

2 jenis iaitu Karbohidrat Ringkas dan Karbohidrat Kompleks.

Yang manakah karbohidrat yang patut kita makan?

Karbohidrat yang baik ialah Karbohidrat Kompleks dan yang perlu dihindarkan ialah

Karbohidrat Ringkas.

 

Apakah sumber Karbohidrat Kompleks yang patut kita ambil?

Sumber Karbohidrat Kompleks ialah roti bijirin tulen, bijirin dan beras, kacang pis, kekacang yang dikeringkan,

jagung, buah-buahan dan sayur-sayuran.


Apa pula sumber Karbohidrat Ringkas yang patut kita elakkan?

Sumber Karbohidrat Ringkas ialah beras putih, roti putih, coklat, gula, susu, jus buah-buahan, soda serta kebanyakkan makanan pencuci mulut.


Kenapa Karbohidrat Ringkas merbahaya untuk badan jika diambil berlebihan?

Karbohidrat Ringkas amat mudah dihadam dan diserap badan. Ini dengan mudahnya akan meningkatkan paras gula dalam darah dan tubuh akan merembeskan Insulin dengan banyak. Ia juga akan menurunkan paras Kolestrol Baik iaitu HDL yang berfungsi untuk mengelakkan serangan sakit jantung.


Bagaimana makanan diukur karbohidratnya jika dilihat dari segi kesan kepada tubuh?

Ada satu cara pengukuran dimana ia menunjukkan kadar penukaran karbohidrat kepada glukosa (gula) dan ia dipanggil Indeks Glisemik (GI). Makanan yang tinggi GI boleh menaikkan paras gula dalam darah dengan cepat sementara GI yang

rendah akan melepaskan glukosa sedikit demi sedikit ke dalam aliran darah. Contoh ukuran GI mengikut tangga menurun;

Maltosa (GI:150)

Glukosa (GI:137)

Lucozade (GI:136)

Emping Jagung (CornFlakes) (GI: 119)

Roti Putih (GI: 100)

Minuman bergas (GI: 97)

Minuman kordial (GI: 94)

Coklat (GI: 91)

*Semua diatas karbohidrat tidak baik

 

Manakala berikut adalah contoh karbohidrat yang baik;

Buah Pear (GI: 53)

Susu Kacang Soya (GI: 43)

Kacang Tanah (GI: 21)

 

Fica belajar satu perkara yang fica anggap baik sebelum ini tetapi sebenarnya tidak. CornFlakes sebenarnya mempunyai GI yang tinggi! Saya perlu kurangkan pengambilannya. Anda juga boleh dengan mengambil satu langkah yang akan mengubah sedikit kesihatan anda dengan menukar menu roti putih kepada roti bijirin.

Harganya sedikit mahal, mungkin 40-50 sen lebih mahal tetapi jika dibanding dengan tahap GI nya, kita mungkin dapat menyelamatkan diri kita dari penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi atau serangan sakit jantung yang kosnya sangat tinggi sehingga tidak ternilai kerana ia mungkin akan meragut kebahagiaan kita dan orang yang kita sayang.


Untuk pengemar minuman ringan, anda juga boleh mulakan dengan sedikit perubahan, ambil minuman berasaskan soya. Cuma berhati-hati dengan kadar gula yang ada dalam minuman tersebut. 

Semoga kita berjumpa lagi di siri yang akan datang.

"Kita adalah apa yang kita makan".

Selamat maju jaya