Assalamualikum n Salam sejahtera Semua,
Hai...fica tak tahu nak mskkn aper kt lam blog fica nie..
tp rasenye kali nie fica nak keutarakn tajuk nie plk.....
Hari ini fica nak tengok personaliti
anda. Bukan untuk apa, cuma kekadang kita
terlepas pandang.
Ada yang sibuk sangat tengok hal orang lain 
hingga tak nampak kebaikan atau keburukan diri 
sendiri.
Personaliti yang wujud dalam diri kita adalah 
dalam bentuk yang dinamik, ia terus berkembang 
dan boleh berubah. 
Mengenalpasti personaliti diri adalah merupakan 
satu aset penting untuk anda mengenali dan mendalami 
diri anda sendiri.
Dengan memahami personaliti yang terbentuk dalam 
diri anda maka lebih mudah anda menyesuaikan diri 
dengan persekitaran. 
Ada beberapa personaliti yang dirumuskan berdasarkan 
kajian dalam bidang psikologi.
A) PERSONALITI PERIANG
=======================
Seseorang yang periang akan mudah bergaul dgn 
orang lain dan bagi mereka bertemu dan bergaul 
dengan orang lain itu adalah sumber kepada 
kebahagiaan dalam hidup.
Mereka biasanya:
1. Berasa selesa apabila berada dalam keramaian 
dan seronok bertemu dengan orang lain.
2. Lebih mudah berhubung dengan dunia luar 
berbanding dengan dunia dalam diri mereka sendiri 
atau berfikir dengan idea sendiri.
3. Lebih suka berbincang dengan orang lain dalam 
mencapai keputusan berbanding membuat keputusan 
sendiri.
4. Lebih banyak bercakap dari mendengar.
5. Berkebolehan menganalisis situasi baru dengan 
mudah.
6. Gemar dengan aktiviti keramaian seperti majlis 
makan, sukan, pesta dan lain-lain.
7. Happy go lucky dan gemarkan muzik harmoni dan 
rancak.
B) PERSONALITI PENDIAM
=======================
Bersifat:
1. Lebih suka menyendiri.
2. Sanggup melakukan apa saja untuk menjayakan 
ssesuatu yang disukai.
3. Mudah merasa diketepikan dalam keramaian.
4. Lebih suka memikir dan mencari penyelesaian 
untuk masalah  yang dihadapi secara bersendirian.
5. Menjadi pemerhati dan berfikir lama sebelum 
melibatkan diri dengan seseorang atau sesuatu.
6. Seorang pendengar yang baik, kurang gemar dipuji 
dan tidak suka berbual atau mencampuri hal orang 
lain.
C) PERSONALITI PERASA
=======================
Bersifat:
1. Mahu jawapan yang pasti dan tepat.
2. Suka kerja yang berperaturan dan kerja yang 
mempunyai pulangan yang banyak.
3. Suka mengumpul banyak dan cukup maklumat 
sebelum bertindak.
4. Mementingkan fakta dan bukan teori serta tiada 
masalah berhadapan dengan perkara remeh temeh.
5. Lebih suka melakukan sesuatu dari hanya 
berfikir untuk melakukan sesuatu.
6. Kurang mempunyai firasat.
D) PERSONALITI PERAMAL
=======================
Sifatnya:
1. Gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa.
2. Selalu mempunyai jawapan yang sesuai untuk 
setiap persoalan dan bijak mengenalpasti peluang 
baru.
3. Tidak suka melakukan kerja yang remeh temeh.
4. Gemar belajar mengenai perkara yang baru tapi 
kurang menggunakan ilmu tersebut.
5. Sering memberi jawapan berbentuk umum.
6. Gemar kerja yang mencabar dan kurang gemar 
melakukan kerja yang sama sepanjang masa.
7. Banyak persoalan yang ditimbulkan dalam 
perbincangan.
8. Suka menguji kebolehan orang lain.
E) PERSONALITI PEMIKIR
========================
Bersifat:
1. Mudah mengingat nombor berbanding dengan wajah 
dan nama orang.
2. Sering bertenang walaupun dalam suasana yang 
menyebabkan orang lain panik.
3. Yang penting dia mestilah benar setiap masa.
4. Kadang-kadang kelihatan seperti orang yang 
keras hati dan mudah mengkritik.
5. Baik dalam merancang sebarang kerja dan 
mengurus kerja peribadi.
6. Suka melihat sesuatu dengan lebih mendalam 
sebelum membuat keputusan.
F) PERSONALITI SENSITIF
=======================
Bersifat:
1. Sering mmbayangkan diri mereka dalam situasi 
yang dialami oleh orang lain. Lebih mudah simpati 
dengan perasaan,kehendak dan kesukaan orang lain.
2. Dalam membuat keputusan sering bertanya 
sendiri apa yang saya rasa dan apa yang orang 
lain rasa dan bukan apa yang betul.
3. Suka menolong orang lain walaupun tahu mereka 
dipergunakan.
4. Tidak gemar menyampaikan berita buruk kepada 
orang lain.
5. Akan melakukan apa saja untuk tidak melukakan 
perasaan orang lain atau menimbulkan konflik 
dengan orang lain.
...yang mana satu personaliti anda? Atau ada
lebih daripada satu personaliti anda?
Tak perlu beri jawapan kepada saya. Fikir-fikirkan.
Wassalam.
07 Mei 2008
APAKAH PERSOALITI ANDA?
Posted by aha Aka afica cia at 5/07/2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)








2 Tgh Mrapu:
wassalam fica....
PERSONALITI???
Ini adalah anugerah tuhan kepada setiap manusia dan jadikan personaliti kita yg terbaik,,,maka renung2 lah....
Kuli_gomen
yup tol tue kuli...hhahahha
Catat Ulasan