Sesuai dengan lambangnya, air, warga Aquarius
ternyata memiliki ciuman yang basah dan agak serabutan.
Selain itu, pada saat ciuman berlangsung mereka
umumnya cenderung membuka mata lebar-lebar.
Pisces-
Orang-orang dengan bintang berlambang ikan ini
memiliki gaya berciuman pandangan mata tajam, penuh nafsu dan ghairah,
serta wow... berlangsung cukup lama!
Bagaimana, apakah gaya berciuman Anda
ternyata sesuai dengan bintang anda
Capricorn-
Ciuman-ciuman yang didaratkan oleh orang-
orang berbintang
Capricorn khabarnya sangat-sangat romantis.
Bahkan saking romantisnya, ciuman
ala mereka kerap menjadi ubat pembunuh stress!
Aries-
Orang-orang Aries ternyata memiliki gaya
berciuman yang cepat dan penuh dengan
nafsu. Tapi sayangnya ciuman dahsyat tersebut
biasanya cepat pula selesainya.
Taurus-
Berbeza dengan mereka yang berada di bawah
naungan Taurus, dimana ciuman mereka
umumnya berlangsung sangat perlahan, tidak
tergesa-gesa, tenang,penuh kemesraan
dan berlangsung terus... terus. dan terus.
Gemini-
Orang-orang Gemini konon mempunyai peribadi
yang
hangat dan ceria. Tidak heran
jika gaya berciuman mereka kekadang diselingi
oleh senyuman bahkan juga tawa
lebar. Asyiknya, sifat warga Gemini yang terkenal
gemar melakukan
sesuatu yang baru itu pun dilakukannya dalam
melakukan ciuman. Jadi banyak
kejutannya!
Cancer-
Warga Cancer memang terkenal dengan
sikapnya yang
hati-hati, agak tertutup dan
cenderung ingin selalu dilindungi. Tak heran jika
dalam urusan berciuman mereka
lebih suka melakukannya dengan lembut, hangat,
dan seperti tidak mau lepas saja!
Leo-
Orang-orang Leo yang terkenal keras dan tegas
ternyata memiliki gaya berciuman
yang liar, tanpa malu-malu, bahkan tidak segan-
segan untuk menggigit dan
mencakar! Pun warga bintang berlambang singa
ini
ternyata sangat senang jika
mendapat pujian dari pasangannya, utamanya
pujian
atas ghairahnya yang luar
biasa.
Virgo-
Warga Virgo memiliki gaya berciuman yang
halus,
lembut, rapi,sampai sang
pasangan pun bakal terkesima dibuatnya.
Libra-
Gaya berciuman warga Libra konon kurang
hangat!
Kenapa? Kerana mereka pada
umumnya terlalu khuatir dengan urusan di luar
hasrat mereka. Belum lagi,mereka
gemar menghela nafas di tengah-tengah ciuman.
Scorpio-
Percaya atau tidak, orang-orang di bawah
naungan
Scorpio rupanya tidak terlalu
suka dengan ciuman. Kerananya, jangan kaget
apabila dalam sebuah hubungan intim
mereka kerap melewatkan aktiviti yang satu itu
dan lebih suka
langsung menuju sasaran.
Sagitarius-
Hmmm... berbahagialah Anda yang berbintang
Sagitarius atau pun yang memiliki
pasangan dengan bintang ini. Pasalnya, mereka
yang berbintang dengan lambang
busur panah ini memiliki gaya berciuman yang
mengejutkan,
spontan,dan. .. mengghairahkan. Tak heran jika
konon banyak orang yang
menanti-nanti ciuman ala si Sagitarius ini.
10 Disember 2007
"CiUmAn mEnGiKuT ZoDiAc.. hIkSsSss"
Posted by aha Aka afica cia at 12/10/2007 1 Tgh Mrapu
04 Disember 2007
Daun Sirih
Ari-ari Pedih - Ambil sirih bertemu urat, sebiji bauh pala dibenamkan ke dalam abu panas, sebiji pinang yang telah dibelah tiga bahagian serta disapu dengan kapur dan makan pada sebelah pagi, tengahari dan petang. Amalkan selama tiga hari berturut-turut. Batuk Lelah - Daun sirih dilayur dan dituam ke dada pesakit. Air daun sirih diguna untuk minuman kepada pesakit. Bau Badan - Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih. Bau Mayat - Untuk menghilangkan bau mayat yang melekat pada tangan atau baju setelah menyelesaikan kerja-kerja mandi mayat, ambil beberapa helai daun sirih, ramaskan dan rendamkan bersama baju beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih. Bayi Selsema - Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah. Berak Darah - Akar korma, gambir dan jintan putih dimakan dengan sirih pinang Demam - Tujuh helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan tiga ulas bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan dua kali sehari, cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin. Demam Panas - Tiga helai daun sirih diramas ke dalam semangkuh air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan dan jaramkan pada kepala, lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan. Gatal Vagina - Tujuh helai daun sirih direbus dengan dua gelas air, campurkan sedikit asam jawa hingga mendidih. Setelah air menjadi suam bolehlah membasuhnya. Lakukan setiap hari hingga sembuh, terutama untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin. Gegata - Layurkan daun sirih di atas bara api dan sapukan pada badan yang ditumbuhi gegata. Rasa miang dan gatal akan hilang dengan segera. Hidung Berdarah - Daun sirih digulung sebesar jari kelingking serta diramas sedikit dibahagian hujungnya untuk mengeluarkan bau dan dimasukkan kehidung yang berdarah. Baringkan pesakit dengan keadaan kepala meninggi. Kencing - Sekiranya kencing berasa sakit, daun pepesan, sirih bertemu urat, daun pulasari dan bawang merah sebiji dan digiling lumat serta sapukan pada ari-ari dan bahagian pinggang. Keputihan - Mandi dengan air suam rebusan daun sirih selama tujuh hari untuk membersihkan vagina, rasa gatal dan keputihan akan hilang. Amalan memakan daun sirih setiap hari juga boleh mengelakkan dari masalah keputihan. - Ambil cendana, telur ayam hitam sebiji dan sehelai sirih. Asahkan cendana dengan sirih dan minumkan dengan kuning telur ayam selama tiga pagi. Lompangan (ulcer) - Tempelan (paste) dari ramuan sirih pinang ditepekkan pada luka untuk menyembuhkan luka dengan cepat pada bibir mulut. Muntah - Bawang merah, jintan hitam, makan dengan sirih pinang dan semburkan sepahnya dileher dan dadanya Payu Dara - Untuk menegangkan lagi payu dara, layurkan daun sirih yang telah disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana, atau menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam dan agak layu, lalu tekapkannya ke atas kedua-dua payu dara dan biarkan seketika. Lakukan dua atau tiga kali seminggu. Penyakit Kelamin - Sepah sirih dihasilkan samada secara kunyahan atau ditumbuk lumat dan disapukan pada bahagian yang sakit. - Giling lumat daun sirih, sedikit gula merah dan garam rebuskan hingga sebati, minum airnya sebanyak tiga kali sehari hingga sembuh. Ruam Peluh - Rebuskan beberapa helai daun sirih dan tapiskan airnya. Sapukan air rebusan ke atas ruam dua kali sehari selama tiga hari berturut-turut. Sakit Gigi - Kunyah sepiak sirih hingga lumat pada gigi yang sakit. Untuk beberapa ketika sakit gigi akan berkurangan. Sakit Hati - Bawang putih sepuluh ulas, garam jantan sebuku, sedikit jemuju dan sehelai daun sirih bertemu urat. Tumbuk lumat ramuan tersebut dan bubuhkan air panas sebelum diminum. Amalkan selama tiga pagi, dan ambil segengam garam serta goreng sangan (goreng tanpa minyak), bungkuskan ke dalam kain bersih serta tuamkan kebahagian hati di atas dada. Sakit Jantung - Untuk meredakan sakit jantung, renekkan tiga helai daun sirih bertemu urat berserta lada ekor dan minum airnya ketika masih suam. Lakukan selama tujuh hari berturut-turut diwaktu pagi. Sakit Kepala - Daun sirih diramas kedalam air sejuk serta dimasukkan seketul garam jantan untuk di buat jaram (disapu atau dititik sehingga membasahi kulit kepala). Sakit Mata - Ramaskan beberapa helai daun sirih muda dan masukkan kedalam air serta didihkan seketika, tapiskan dengan kain bersih ke dalam mangkuk dan biarkan hingga pesam-pesam kuku. Rendamkan mata yang sakit serta kelip-kelipkannya. Buat berulang kali sehingga sembuh. Zahir Batin - Terung perak, bunga lawang, kulit kayu manis, kulit delima, air bawang merah, halia padi, lada sulah tujuh biji, sirih bertemu urat, minyak lenga (minyak bijan) dan digiling lumat-lumat serta disimpan dalam bekas bertutup. Apabila hendak bersetubuh maka sapukan pada alat kelamin lelaki, maka nikmat untuk perempuan. - Temu hitam dihiris dan dijemur kering, akar legundi, akar maja digiling halus dijadikan tepung maka makan dengan sirih pinang selama tiga hari berturut-turut. Memperbanyakkan air mani dan meningkatkan kenikmatan bersetubuh. - Sirih bertemu urat tujuh helai, makan tujuh pagi. Jangan setubuh dengan perempuan selama memakannya. Sirih tersebut hendaklah dituliskan rajah seperti berikut; | - Akar telang putih dan akar jeruju makan dengan sirih pinang. Amalkan untuk beberapa hari. Membesar dan menguatkan alat kelamin lelaki. - Akar rembega dimakan dengan sirih pinang, perahkan ludahnya kedalam lubang alat kelamin lelaki. Ia menjadi bertambah kuat dan besar.
Asma - Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakit asma.
- Tujuh helai sirih bertemu urat, tujuh helai daun lalang muda dan seulas lengkuas sebesar ibu jari kaki. Rebuskan dengan satu liter air hingga mendidih sepenuhnya. Minum setengah gelas air rebusan dengan mencampurkan sesudu makan madu lebah serta sesudu teh air limau nipis, sebelum tidur.
Barah - Tiga helai daun sirih bertemu urat dihancurkan lumat berserta kapur sirih sebesar ibu jari kaki dan sesudu makan madu lebah untuk menjadi pepesan. Sapukan tiga kali sehari dibahagian yang sakit.
Kutu Babi - Petik daun sirih bersama tangkainya. dan titiskan getah sirih ke atas kutu babi yang melekat pada kulit tubuh. ianya akan menjadi senang untuk dicabut.
|. Menguatkan alat kelamin lelaki ketika bersetubuh.
Posted by aha Aka afica cia at 12/04/2007 1 Tgh Mrapu
Label: Petua Turun Menurun
02 Disember 2007
Antara Kereta Sport Dengan Sebuah Al-Quran
Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya
mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya... lantas, si pemuda
memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama... si
ayah hanya tersenyum... si anak bertambah yakin, andai keputusan
peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi
miliknya..
Beberapa bulan berlalu... ternyata si anak, dengan berkat
kesungguhannya, telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang. .hatinya
berbunga keriangan... satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik
bacaannya.. si ayah memuji anaknya... sambil menyatakan betapa bangga hati
seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang... si
anak tersenyum puas.... di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport
merah yang selama ini menjadi idamannya itu...
Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan
sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik... si anak terkesima...
sungguh.. ..bukan itu yg kuhajatkan.. .
dengan hati yang berat... kotak itu bertukar tangan... matanya
terarah kepada riak wajah ayahnya... yg tidak menunjukkan sebarang
perubahan; seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang
dihatinya... .
Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus
kotak itu... penutup kotak dibuka... apa makna semua ini???.. sebuah
Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit.. tinta emas menghiasi tulisan khat
di muka hadapan... si anak memandang ayahnya... terasa dirinya
dip erma inkan. .. amarahnya membuak... nafsu mudanya bergelojak.. . ayah
sengaja memp erma inkan saya... ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai
kereta tu... bukannya ayah x mampu utk membelikannya. .. sudah
ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak... katanya.
keras... al-quran itu dihempaskan keatas meja bacaan... si anak
terus meninggalkan si ayah.. tanpa memberi walau sesaat utk si ayah
bersuara... pakaiannya disumbatkan ke dalam beg.. lantas, dia
meninggalkan banglo mewah ayahnya... memulakan kehidupan baru dengan
sekeping ijazah yg dimilikinya. ...
10 tahun berlalu.. si anak kini merupakan seorang yang
berharta... punyai syarikat sendiri... dengan isteri yg cantik dan
anak-anak yang sihat... cukup membahagiakan. ..namun hatinya tersentuh...
Sudah 10 tahun.. sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk
ayahnya... sedang dia berkira2 sendiri... telefonnya berdering... dari
peguam ayahnya... ayahnya meninggal dunia semalam... dengan mewariskan
semua hartanya kepada si anak... si anak diminta pulang untuk
menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta...
Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa... si anak
pulang ke banglo ayahnya... memerhati kan banglo yg menyimpan 1001
nostalgia dlm hidupnya... hatinya sebak.. bertambah sebak apabila
mendapati diatas meja di bilik bacaannya... Al-quran yang di
hempaskannya masih lagi setia berada di situ... bagaikan setianya hati
ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini... perlahan2 langkahnya
menuju ke situ... mengambil al-quran itu.. membelek2- nya dengan penuh
keharuan... tiba- tiba... jatuh sesuatu dari Al-quran itu... segugus
kunci... di muka belakang Al-quran itu... sebuah sampul surat ternyata
diselotepkan disitu...
Kunci itu segera dipungut... hatinya tertanya-tanya. .. nyata
sekali... di dalam sampul surat itu... terdapat resit pembelian kereta
idamannya... dibeli pada hari konvokesyennya. .. Dengan bayaran yg telah
dilunaskan oleh si ayah... sepucuk warkah.. tulisan tangan org yg amat
dikenalinya selama ini. .hadiah teristimewa utk putera kesayanganku.
...air mata si anak menitis deras... hatinya bagai ditusuk
sembilu.. penyesalan mula bertandang.. .
Namun semuanya sudah terlambat...
Posted by aha Aka afica cia at 12/02/2007 0 Tgh Mrapu
Label: PEDOMAN
30 November 2007
BILA FICA BBICARA....
Tak semua yg kita nak tue blh dpt,
Posted by aha Aka afica cia at 11/30/2007 0 Tgh Mrapu
29 November 2007
*KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS *
ASSALAMU'ALAIKUM waramatuhllahi wabarakahtuh,
bismillahirrahmanni rrahim"
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga disekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut .
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalankubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan
menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w :
"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali akan sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, akan menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan iti telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah
pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari. **
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim
lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam
Tadzikaratul Qurthuby).
Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu.
Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus
Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu
terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah
tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu
tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.
Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
Nota :
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada
orang lain.
Posted by aha Aka afica cia at 11/29/2007 1 Tgh Mrapu
28 November 2007
MANDI
KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia
menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan
tubuh.
Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine
menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah
jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar
13%. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air
panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.
Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.
#Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius
membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas
membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan
membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang
dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12
hingga 18 darjah Celsius. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan
ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula
darah.
#Jangkitan kulit:
dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas
mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan
untuk berendam selama 10 hingga 20 minit..
#Selesema dan sakit kepala:
sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis
minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh
dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.
#Insomnia:
tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna
bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.
Posted by aha Aka afica cia at 11/28/2007 0 Tgh Mrapu
Label: INFO KESIHATAN
DISEBALIK KECANTIKAN PASANGAN KITA
ADA kalanya seseorang memiliki pasangan hidup berparas menarik tetapi cakapnya pedas lagi menyinggung.
Ada pasangannya rupawan, bahasanya sedap didengar tetapi sangat boros.
Ada pula pasangannya indah dan jimat tetapi malas beribadah.
Kerencaman dalam mencari jodoh ini pernah diibaratkan dalam satu hadis: 'Manusia itu seperti unta. Antara 100 ekor unta, sangat sulit kamu menemukan seekor yang sangat baik tunggangannya. ' (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Pasangan ideal memang sukar diperolehi dalam zaman penuh dugaan.
Ada gadis yang mengeluh kerana sudah penat mencari calon suami yang berkelayakan, gagah dan lawa, tenang dan lembut serta kuat beribadah.
Ada teruna mengeluh sukar mencari calon isteri yang cantik, senang dipandang, sabar, jimat, suka beribadah dan pandai mengambil hati ibunya.
Nasihat Rasulullah saw berkenaan kekurangan yang ada pada pasangan kita: 'Hendaknya seorang Mukmin tidak meninggalkan seorang Mukminah. Kalau dia membenci suatu perangai pada diri isterinya, dia pasti menyenangi perangai yang lain.'
Pesan Rasulullah sejajar dengan firman Allah: 'Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.' (An-Nisaa: 19)
Sebagai pasangan (baik suami mahupun isteri), janganlah kita membiarkan begitu saja beberapa aib atau kekurangan pasangan kita. Alasan bahawa sikap sudah begitu sejak mula - tidak boleh dipakai sama sekali..
Sikap manusia boleh diubah selagi ia sanggup merubahnya.
Suami hendaklah berdakwah kepada isteri dan begitu juga sebaliknya.
'Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.' (Surah An-Nahl: 125).
Dakwah paling asas adalah dengan pasangan kita sebagaimana Rasulullah saw menyampaikan kisah baginda menerima wahyu kepada isterinya, Khadijah. Ia diikuti dengan anak-anak dan orang-orang terdekat.
Oleh itu, suami/isteri perlu menggilap cara merubah sikap pasangan dengan cara paling elok menunjukkan contoh dan hujah. Kekasaran atau pukul bantai tidak boleh dibuat untuk memaksa seseorang berubah.
Selain ikhlas dalam menasihati, penting pula ikhlas dalam menerima nasihat. Ketika kita dinasihati, hendaknya kita kendalikan serta lunakkan hati kita untuk ikhlas menerimanya.
WALLAHUA'LAMBISSAWA B...
p/s :
KEBAHAGIAAN TIDAK AKAN HADIR DENGAN SEKELIP MATA. IANYA HARUS DIPUPUK DENGAN PERASAAN KASIH SAYANG YANG TIDAK BERBELAH BAGI
Posted by aha Aka afica cia at 11/28/2007 0 Tgh Mrapu
Label: RENUNG2KN LAAA...







