THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

28 November 2007

MANDI

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia

bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi
menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan
tubuh.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine
menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah
jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar
13%. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air
panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

#Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius
membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas
membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan
membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang
 
dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12
hingga 18 darjah Celsius. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan
ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula
darah.

#Jangkitan kulit: 
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal
boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik(sodium bicarbonate) ke
dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas
mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan
untuk berendam selama 10 hingga 20 minit..

#Selesema dan sakit kepala: 
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala 
dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas
sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis
minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh
dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

#Insomnia:
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang
mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah
tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna
bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Erhammm.... pasni rajin2 la mandi ekk.... don't malas arr....

0 Tgh Mrapu: