Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. 
Pada suatu malam si isteri memeluk leher suami 
dengan nada manja seraya berkata, "Ayang,
period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak 
pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor."
Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat 
dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa 
pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga 
ianya benar-benar pasti.
Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh 
pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakan 
dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka.
Pegawai TNB tu pun berkata: "Ini rumah En. Ahmad 
ker?" "Ya, saya ni isterinya. Ada apa encik?"
Pegawai TNB tu pun berkata, "Puan, ni dah sebulan 
lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss 
saya marah."
Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas 
balik cakap pegawai TNB tu.
"Apa? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni 
sebulan lewat?!"
Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab: 
"Ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam 
komputer dan kita boleh check Online"
Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu 
lagi terkejut. "Apa!!! Saya lewat sebulan pun 
awak semua boleh tahuuu!"
Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan 
"Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada 
yang lagi teruk, lewat 5-6 bulan"
Si isteri yang terperanjat beruk dengan kenyataan 
pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan 
suami saya. Lalu pegawai TNB tu pun beredar 
dari situ.
Keesokan harinya, selepas si Ahmad ini di beritahu 
oleh isterinya. Dia pun naik berang dan terus ambik cuti 
dan pergi ke kedai TNB yang berdekatan.
Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai 
TNB yang ramai di situ, dia pun memekik seraya 
berkata,
"Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun 
nak heboh-hebohkan ke dalam Internet. Awak ni 
semua yang berkeluarga tak pernah lewat sebulan
kerrrr?!! Bisness apa korang buat niii? 
Nak kena saman kerr?
Lalu pegawai yang datang kerumah si Ahmad ni 
berdiri dan mententeramkan keadaan. "Sabar encik, 
sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan 
perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu
membuatkan si Ahmad lagi naik berang.
"Apa? nak bayar korang? belahhhh lahh...."
Lalu pegawai TNB tu pun cakap "Kalau macam tu, 
Kita terpaksa 'potong' encik punya...."
Si Ahmad mencelah "apa? potong?! Abih tu isteri 
saya di rumah nak pakai apa?"
Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanya 
isteri encik kena pakai LILIN ajer laaaa...."
=TAMAT=
Moral of the story : Waaaa hahahaha... apa-
apa pun siasat dulu. Jangan main serbu aje!
15 Jun 2008
Antara TNB dan Lilin
Posted by aha Aka afica cia at 6/15/2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)








1 Tgh Mrapu:
klaka..ryn pn da 1bln lewat..jgn btawu TNB taw..nnt asben ryn pnye kene ptg..wakaka..hks..
Catat Ulasan