THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

02 Jun 2008

Rahsia Menambat Hati Lelaki/Suami.

Erhammmm...erhamm........assalamualikum n slm sjahtera semua,
haiiii....fica niekn....jarang sgt la nak mlawat blog nie..
haiii idea nak mnulis pun tak der.....so tak tahu nak mskkn aper...

Hari nie fica br je balik dr kg...penat pun masi trasa lg...
tp puas ati sbb dapat bcuti kt kg...
Nak cite ckt la...1 june 2008(ahad) best pren fica
kawin....so sblm ain ditacap tue sempat la borak dgn dia..
hai soklan cemas yg diberikn plk ..n tak moo didgr tue juga yg dia keutarakn..
haduihhhh..kata ain"uittt...geng ko nie bila nak nikah?
haii...aku nie mak aku bising2 suru aku nikah...klo tak aku tak mo
lg...tp eyala takan nak mlawan kata org tua plk....so aku nurut jer la..
mak ko tak bising ker tanye sal kawin kt ko?"
So dgn muka bsje n penuh slambanye fica mjawab"ko nie jngn la
tanye sal kawin nie....lgpun org nak anto muah doren kt ruma aku nie
pun tak der camner nak nikahkn? lgpun mak abah aku tk pernah
pun bising2..semuanye tgantung dr aku jer"

Haa...tue la antar pbualan fica n dak ain tue..
tp klo nak tahu citer slanjutnye...nanti diepisod akan dtg fica
citerkn ekkk....lagi best klo citer disertakn dgn gambo kn..kn
kan...hahhahaa...so wat mase nie gambar tue tak der lagi...
fica tunggu c ain bg nanti...

wokeyla.....skrg nie fica nak mberi sedikit renungan;
Khas untuk wanita/isteri...
Rahsia Menambat Hati Lelaki/Suami.

Bagaimana anda menambat hati lelaki, terutama
kekasih atau suami sendiri?

Manusia memang tidak mampu meneroka hati dan
jiwa manusia. Namun anda boleh belajar mengenal
mereka supaya kebahagian dapat dinikmati bersama.

Apa sebenarnya yang harus anda lakukan untuk
menambat hati lelaki?

1) Terima lelaki agar dia menerima anda
========================================
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk
menyatakan ini selain "Terimalah lelaki sebagai
sediakala".

Terimalah dia sebagai lelaki. Yang penting untuk
anda tahu ialah mengenai lelaki, dan bukan mengubah
lelaki.

Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang
menjadi kekasih atau suami anda, dia mungkin
akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak
anda sukai dan tidak menyukai anda.


2) Fahamilah lelaki agar dia memahami anda.
============================================
Cuba memahami perangai sedia ada pada sesorang
lelaki yang menyesuaikan perangai itu dengan diri
anda.

Ianya adalah lebih baik dari cuba mengubahnya
dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan
anda.

Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan
kehendak agama dan kesopanan budaya.

Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami
anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.


3) Berubah untuk menikmati perubahan.
=======================================
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki,
malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu
berbuat demikian kerana insan itu sendirilah yang
akan mengubah perangainya.

Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar
berpihak kepada anda.

Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada
perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang
lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4) Sanggup memberi untuk menerima.
=======================================
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk
anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak
berbanding apa yang anda terima daripadanya.


5) Percaya untuk dipercayai.
==============================
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, jangan
anda mengharapkan lelaki itu mempercayai anda.

Hidup ini meminta pada yang ada, memujuk pada
yang sayang.

Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah
perkara yang mudah. Bagi menyebabkan orang lain
tidak percaya pada anda, bukanlah payah.

Apabila lelaki sudah tidak percayakan anda, amat
sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

So renung-renungkn la...tp jngn ditenung2kn...
ahaksss......camner tue ekk? hahhahhhaa......

2 Tgh Mrapu:

Tanpa Nama berkata...

ha ha.....
nak tanyer gakk..cuti sekolah dah ni,byk kenduri ooo...
awak... bila lagi
(petua dah byk hafal tu...)
asyik duk p kenduri orang je

aha Aka afica cia berkata...

erhammm...ko nie kuli...tak der la petua..pgetahuan am jer lorr...hahhaha...aku bila ekk? aku pun tak tahula kuli oiii....kan da ckp..owang anto muah doren kt aku pun tak der...mcmner aku nak wat kendurikn...hahhaha....pssttt...kuli klo ko ader calon yg sesuai tok aku...ko send jer resume nye kt aku...nanti aku cek eyo...hhahahha...blh tak cam tue?