THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

28 November 2007

TIP MGHALANG KECURIAN

Banyak sangat kes pecah rumah. Dan kita pun
jadi bimbang. Tidur tak lena, nak upah guard
mungkin tak mampu. Saya ada tips dan teknik
yang mudah dan murah. Kalau boleh diamalkan
jika bersesuaian.

Tips Menghalang Kecurian.

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu 
seorang diri.(mereka mungkin menggunakan anak 
sebagai tebusan).
[+] Biarkan kucing jer tidur situ


2. Kunci atau sorokkan semua pisau2 yang terdapat 
di dapur sebelum tidur. (kesemua kes kecurian 
didapati pisau dan menurut polis mereka akan 
mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan 
untuk melindungi diri mereka).
[+] Seelok-eloknya jangan gunakan pisau dirumah

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar 
rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas),
jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut 
kerana ini adalah taktik terbaru mereka dimana 
mereka telah menunggu diluar pintu rumah    
untuk masuk (kes terbaru berlaku di Dungun)
[+] Alternatif lain bukak paip dalam rumah pulak 
biar pencuri konfius

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (
jika tandas jauh) di waktu tengah malam,kejutkan 
ibubapa untuk bersama mereka.
[+] Alamat tak tidur ler..

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam 
almari baju (cara lama)
[+] Simpan barang kemas di luar rumah

6. Bawa kunci alarm kereta bersama semasa tidur, 
in case terjaga tengah malam, cuba on and offkan 
balik untuk menakutkan pencuri (menandakan kita 
sentiasa alert).
[+] Kalau alarm Proton tu jangan heran kalau 
sometimes alarm tu tak berbunyi

7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda 
suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah. Bagi 
jiran semua terjaga!
[+] ....dan marah anda.

8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh 
dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan 
plet no motor/kereta mereka - (selalunya naik 
motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali 
kita lalu depan mereka, mereka akan            
menundukkan kepala)
[+] Lagi power.. ajak dia orang raya rumah kita

9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang 
datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita 
bertujuan untuk mengambil barang- barang, jangan 
benarkan, beri nombor telefon pejabat anda kepada 
jiran supaya mereka boleh double check dgn kita.
[+] Kalau dia datang nak ambik barang jiran kita 
pulak cam mana?

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada 
di sisi atau pastikan juga Codeless Phone anda 
berada disisi anda atau pun sambungkan satu 
extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan 
anda membuat penggilan kecemasan sekiranya anda 
terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
[+] Pastikan handphone ada cukup bateri

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 
seperti polis, bomba, 991 atau sebagainya. 
Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone 
anda. Kalau boleh hafalkan nombor tersebut. Ini 
memudahkan anda membuat panggilan telefon.
[+] Selain hafal nombor tu pastikan jugak kredit 
ada (untuk prepaid user sahaja)

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan 
kecurian di rumah atau automatik alarm.
[+] OK ni!

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya 
terpasang secara automatik bila malam, baik 
semasa kita ada di rumah atau pergi vacation.
[+] Timer!!!

14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam
peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri 
menghidu ketiadaan tuan rumah.
[+] Jiran pun boleh jadi pencuri.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, 
buat permohonan rasmi dari balai polis berdekatan 
supaya ada anggota polis buat rondaan yg kerap di 
kawasan anda.
[+] Kalau dah area tu kerap ada kecurian, apa 
lagi pindah jer lahh!

16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. 
Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya 
anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (
sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan 
berjaya melambatkan pencuri).
[+] Jom lambatkan pencuri!

17. Kalau ada anak perempuan, sebaik-baiknya 
pintu biliknya dikunci dari dalam sebab ada 
pencuri yang mengambil kesempatan seksual dan anda 
perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.
[+] Sebelum kunci pastikan pencuri tu belum masuk 
bilik!

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki di bawah 
katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri 
yang ganas.
[+] Juga bola hoki untuk baling pencuri tu nanti!

19. Jgn letak kunci bawah pasu bunga/peti surat/ 
alang pintu/tepi tingkap bila keluar (pencuri 
dah lama tau taktik ni). Lebih selamat beri pada 
jiran yg kita kenal rapat.
[+] Ok! Ok!

20. Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar 
'padlock' baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama 
simpan kunci pendua.

SELAMAT MENCUBEEE.... 

0 Tgh Mrapu: