THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

28 November 2007

SENTIASA BERINGAT-INGAT

assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua,

disini saya nak berkongsi pengalaman yang dialami oleh seorang cikgu, ini
adalah kisah benar bukanya rekaan, dan diharap dapat beri kebaikan kepada
semua,

satu malam cikgu tersebut terjaga dari tidor dan didapati anaknya yang
berusia dalam lingkungan 4 tahun tiada, cikgu tersebut cari anaknya dalam
rumah tapi tak jumpa, kemudian dia telefon seorang ustaz dan beritahu apa
yang telah terjadi, sebagai iktiar ustaz tu pesan jangan buka pintu atau
tingkap rumah sehingga azan subuh.

cikgu tersebut ikut apa yang dipesankan oleh ustaz tadi, bila selesai
sahaja azan subuh didapati anaknya sedang tidur di tempat tidurnya.
kemudian dia telefon kembali ustaz tadi dan beritahu anaknya dah dijumpai.

ustaz tersebut bagi tahu itu kerja orang yang guna sihir untuk menculik
budak-budak kecik, dan sekiranya pintu atau tingkap dibuka maka hilang la
budak tersebut. dengan ini agar kita semua berjaga-jaga dengan apa yang
terjadi, jangan panik, banyakan berdoa. sekiranya terjadi perkara
sedemikian diharapkan agar tidak membuka pintu atau tingkap sehingga azam
subuh kerana ianya masih didalam rumah, melainkan pintu atau tingkap rumah
yang telah terbuka.

diharapkan menjadi panduan dalam kehidupan kita yang semakin mencabar

0 Tgh Mrapu: