THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

07 Januari 2008

PERUT PUNCA SEGALA PENYAKIT

Assalamualikum n salam sejahtera semua,

Fica nak kongsikan info pasal perut 
hari ini.

Anda kerap diserang sakit perut tanpa sebab? 

Atau anda sering berasa tidak selesa di bahagian 
perut? Awas! ia mungkin pentanda awal kepada 
penyakit lain yang merbahaya kepada anda.

Sepertimana Sabdaan Rasulullah s. a. w, maksudnya:

"Perut manusia itu tempat segala penyakit, 
manakala pencegahan itu pokok dari segala 
pengubatan." (Riwayat ad-Dailami)

Al-Ma'idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut 
(ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut 
dari tempat atau sarang penyakit.

5 punca penyebab penyakit dari perut:
=====================================

1) Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.

2) Terlalu berlebihan semasa makan.

3) Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman 
yang dihinggapi serangga (seperti semut, cicak, 
lipas dan sebagainya)

Sabda Rasululluh s.a.w, maksudnya: 

"Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat 
minuman yang akan kamu minum, maka celuplah 
keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu 
tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. 

Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya 
mengandungi ubat dan pada sayap yang lainnya 
mengandungi penyakit." (Riwayat Abu Hurairah)

4) Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.

5) Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.

Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: 

"Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab 
bersiwak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan 
mulut dan Allah redha kepadanya. 

Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu 
berpesan untuk bersiwak(menggosok gigi)" 
(Riwayat Ibnu Majah)

Jumpa lagi.

Wassalam.

0 Tgh Mrapu: