THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

03 Januari 2008

Kata-kata Mutiara

Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah 
tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan 
pergi.

Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi 
kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda 
lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda ~ Ray Kroc (Pengasas 
McDonalds)

Kita sering nampak derita hari ini, tapi kita jarang ingat 
kebahagiaan untuk esok hari, jadi belajar lah untuk menghargai apa 
yg kita miliki hari ini, kerana kita takkan dapat mencapai 
penghargaan untuk esoknya jika semuanya telah tiada…..

Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita 
tidak menyebutnya dengan perkataan yg mudah.~T.S Matthews

Masa lalu adalah seperti melihat dari tingkap kaca yang berdebu, 
segalanya nampak senyap dan tidak pasti.

Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan 
juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal 
mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi.

Anda mungkin ditipu jika terlalu mempercayai tetapi hidup anda akan 
terseksa jika tidak cukup mempercayai ~ Frank Crane

Ketika kamu melontarkan sesuatu dalam kemarahan, kata -katamu itu 
meninggalkan bekas seperti lubang di hati orang lain. Kamu dapat 
menusukkan pisau pada seseorang, lalu mencabut pisau itu. Tetapi, 
tidak peduli berapa kali kamu meminta maaf, luka itu akan tetap ada. 
Dan, luka kerana kata - kata adalah sama buruknya dengan luka 
berdarah.

0 Tgh Mrapu: