THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

02 Januari 2008

AMALKAN PEMAKANAN YANG SIHAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Fica mendoakan agar hari anda lebih baik dari semalam. 

Di sini fica ingin brkongsi sedikit maklumat mngenai stroke berdarah. Dimana puncanya adalah saluran darah yang pecah di dalam otak.Kandungan kolestrol yang tinggi semakin menyempitkan saluran darah menyebabkan tekanan darah yang tinggi meletupkan saluran darah tersebut. Akibatnya darah terpalit di otak dan koma. 

Semoga kita dijauhkan hal-hal begini dan sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat. Oleh itu adalah amat penting kita semua membaca mengenai perihal karbohidrat di bawah. 


Semakin banyak kita belajar, nampaknya semakin banyak kita tahu bahawa banyak yang kita tak tahu!

Diharapkan sedikit perisian ini dapat memberikan sedikit manfaat kepada yang membaca.


======================

Karbohidrat dan Realitinya

======================


Apakah karbohidrat?

Karbohidrat adalah zat makanan yang terbina strukturnya dari GULA. Ia terbahagi kepada

2 jenis iaitu Karbohidrat Ringkas dan Karbohidrat Kompleks.

Yang manakah karbohidrat yang patut kita makan?

Karbohidrat yang baik ialah Karbohidrat Kompleks dan yang perlu dihindarkan ialah

Karbohidrat Ringkas.

 

Apakah sumber Karbohidrat Kompleks yang patut kita ambil?

Sumber Karbohidrat Kompleks ialah roti bijirin tulen, bijirin dan beras, kacang pis, kekacang yang dikeringkan,

jagung, buah-buahan dan sayur-sayuran.


Apa pula sumber Karbohidrat Ringkas yang patut kita elakkan?

Sumber Karbohidrat Ringkas ialah beras putih, roti putih, coklat, gula, susu, jus buah-buahan, soda serta kebanyakkan makanan pencuci mulut.


Kenapa Karbohidrat Ringkas merbahaya untuk badan jika diambil berlebihan?

Karbohidrat Ringkas amat mudah dihadam dan diserap badan. Ini dengan mudahnya akan meningkatkan paras gula dalam darah dan tubuh akan merembeskan Insulin dengan banyak. Ia juga akan menurunkan paras Kolestrol Baik iaitu HDL yang berfungsi untuk mengelakkan serangan sakit jantung.


Bagaimana makanan diukur karbohidratnya jika dilihat dari segi kesan kepada tubuh?

Ada satu cara pengukuran dimana ia menunjukkan kadar penukaran karbohidrat kepada glukosa (gula) dan ia dipanggil Indeks Glisemik (GI). Makanan yang tinggi GI boleh menaikkan paras gula dalam darah dengan cepat sementara GI yang

rendah akan melepaskan glukosa sedikit demi sedikit ke dalam aliran darah. Contoh ukuran GI mengikut tangga menurun;

Maltosa (GI:150)

Glukosa (GI:137)

Lucozade (GI:136)

Emping Jagung (CornFlakes) (GI: 119)

Roti Putih (GI: 100)

Minuman bergas (GI: 97)

Minuman kordial (GI: 94)

Coklat (GI: 91)

*Semua diatas karbohidrat tidak baik

 

Manakala berikut adalah contoh karbohidrat yang baik;

Buah Pear (GI: 53)

Susu Kacang Soya (GI: 43)

Kacang Tanah (GI: 21)

 

Fica belajar satu perkara yang fica anggap baik sebelum ini tetapi sebenarnya tidak. CornFlakes sebenarnya mempunyai GI yang tinggi! Saya perlu kurangkan pengambilannya. Anda juga boleh dengan mengambil satu langkah yang akan mengubah sedikit kesihatan anda dengan menukar menu roti putih kepada roti bijirin.

Harganya sedikit mahal, mungkin 40-50 sen lebih mahal tetapi jika dibanding dengan tahap GI nya, kita mungkin dapat menyelamatkan diri kita dari penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi atau serangan sakit jantung yang kosnya sangat tinggi sehingga tidak ternilai kerana ia mungkin akan meragut kebahagiaan kita dan orang yang kita sayang.


Untuk pengemar minuman ringan, anda juga boleh mulakan dengan sedikit perubahan, ambil minuman berasaskan soya. Cuma berhati-hati dengan kadar gula yang ada dalam minuman tersebut. 

Semoga kita berjumpa lagi di siri yang akan datang.

"Kita adalah apa yang kita makan".

Selamat maju jaya

1 Tgh Mrapu:

Tanpa Nama berkata...

La macam tu ka.....isk..isk tak tau plak sampai cam tu skali...nak wat camner ekk semua yg disebut tadi adalah makanan rutin kita...
Tapi tak pe tima kachih kerna berkongsi cara2 pemakanan yang sihat....
KITA CUBA SEBERAPA YG BOLEH untuk menghindari penyakit2 yang disebutkan tuu....
kalo tidak selamat tinggal juitaku,duniaku dan macam yg ku punyerrrrrr

kuli_gomen