Bagaimana cara makan, begitulah cintanya " Ish! Pelahapnya dia makan! 'Cancel' nak buat pak we!! Tengoklah tu makanan tepi bibir pun tak dilapnya. Eiii....teruknya." Perhatikan gaya teman kamu makan! Masing-masing ada gaya yang tersendiri. Ada yang makan penuh kesopanan, ada yang makan sambil bercakap bahkan sambil tersembur pun ada! Ha...jangan tak tahu. Gaya makan si dia di meja makan juga ada memberikan gambaran sikap sebenar si dia. Apa kata kita selidik. Perhatikan lah bagaimana gaya si dia makan tapi jangan pula sampai dia terperasan. Barulah kamu boleh menilai peribadinya. Makan dengan tenang Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun di sebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! Cewah! Asyik belek makanan Serius ketika makan Makan sambil borak Makan sambil kerap Makan sambil merungut
Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!
Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!
Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. 'Angin satu badanlah pulak!
Tengok jam tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih pangjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.
Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas kamu nanti!
20 Disember 2007
Lihat cara makan si dia
Posted by aha Aka afica cia at 12/20/2007 0 Tgh Mrapu
Sekadar Menilai Peribadi Kita
apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita
pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.
Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan
nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor
tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk
kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan
pilihan yang kita ada.
Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)
Keterangan nombor lahir
1. Ketulenan
- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan
baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan
kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik.Berfikirlah secara terbuka.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1:
Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan,Coral Burnett, Wynona Judd,
Nancy Reagan, Requel Welach
2. Pendamai
-Dilahirkan sebagai diplomat.
-Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang
lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
-Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
-Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan
berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup
untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
-Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar
untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2:
President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg,Thomas Edison,
Wolfgang Amadeus Mozart.
3. Ceria
- Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
-Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
-Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
-Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.Mereka sangat popular dan idealistik.
-Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
-
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3:
Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster
4. Konsevatif
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
-Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
-Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
-Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4:
Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan
5. Perintis
- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
-Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
- Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5:
Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.
6. Romantik
-Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
-Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
-Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
-Mereka suka seni musik.
-Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
- Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6:
Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep,
Christopher Columbus, Goldie Hawn
7. Intelektual
- Golongan ini adalah Pencari.
- Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
-Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
-Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
-Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7:
William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
-Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
-Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
-Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
-Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8:
Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison, Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.
9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
-Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
-Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9:
Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley
Posted by aha Aka afica cia at 12/20/2007 0 Tgh Mrapu
19 Disember 2007
WANITA, MATA & WARNA KEGEMARAN
Wanita dan Mata
Mata Kecil
Wanita mata kecil di dapati peramah, banyak mulut, kurang pertimbangan. Awas! Kaum Adam boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya! Periang tapi bila mara, sukar nak pujuk!
Mata Sedang
Mungkin macam saiz kacang almond! Wanita bermata almond tak banyak berahsia, bertanggungjawab, sikap bertimbang rasa. Sering perlukan belaian mesra dan manja!
Mata Lebar
Yang ini kuat berahsia. Kurang cergas, pemarah, bertindak tanpe fikir panjang. Tak menentu, kurang teratur, tiada arah tujuan dan mudah putus asa. Tapi mereka setia!
Mata Berkedip
Memaafkan dan mudah di bawa berbincang, memahami dan penyabar.
Mata Cengkung
Anda materialistic, banyak ungkapan kata manis tapi tak pernah di tepati.
Mata Bulat
Walaupun mata besar tapi mereka bersifat baik dan tabah. Menyenangkan, mudah ikut kata.
Wanita dan Bantal
Watak wanita juga dapat di kenali melalui cara tidur menggunakan bantal. Ada yang gemar tidur tanpa bantal, ada yang suka berbantal peluk dan ada pula yang bertabiat suka letakkan bantal bawah kaki. Pakar menilaikan sifat wanita berdasarkan beberapa cara:-
Memeluk Bantal
Menggunakan Bantal Lebih Dari 1
Kategori ini di anggap tak mempunyai keyakinan diri, memerlukan banyak pendamping atau teman-teman agar dapat di hiburkan. Sukar membuat keputusan sendiri dan sebaliknya suka mendapatkan pandangan orang lain.Tak pandai berdikari dan suka bergantung kepada orang lain.
Tidur Dengan 1 Bantal
Bijak berfikir dan tak suka mengada-ngada. Boleh menerima hakikat yang sebenarnya!
Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Tak gemar bergaul-anti social. Bersifat egois. Malas beruseha dan mempunyai sifat kurang baik.
Tidur Tanpa Bantal
Positif! Mempunyai sifat percaya diri yang boleh bertukar menjadi egoistic. Terlalu konfiden dan mudah memandang rendah pada org lain.
Wanita dan Warna
Akhir skali, pendirian wanita turut dapat di nilaikan melalui warna kegemaran mereka. Apakah tafsiran warna yang sebenarnya?
Merah
Hapi-Go-Lucky! Berani, tegas dan mempunyai perndirian sendiri.(Erhammm...warnak kgemaran dak sowang tue juga....aduss cam tue upernye ciri2 dak tue ekk..hahhaha...pssssttttt...camner nie? dak sowang nie slain merah,meron...dia nie suka kaler putih n hitam juga la...)<===== amboiii fica oiii..dan2 jer nak bg tau warna kegemaran ekk..hhahahha...
Biru
Setia pada pasangan, pandai berjimat, suka berterus-trang, jujur, cekap dan mudah memaafkan.
Ungu
Pemurah hati, tak suka di printah, berinisiatif, bijak tapi ada masanya terlalu beremosi.
Kelabu
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka berkorban, cerdas dan bijak.
Kuning
Gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.
Putih
Bersih fikirannya, tak crewet, berkata benar, jujur, rendah hati, sopan santun, pramah, sentiasa tenteram hatinya,suka menolong dan hidup bertawakal.
Hijau
Segar, suka pada kebahgiaan, tak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.
Hitam
Suka menyendiri, perhatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tak mudah di pengaruhi, kuat berfikir,setia pada pasangan, baik hati tapi akan cepat tersinggung.
Coklat
Kaya dengan sifat keibuan, merendah diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.
Posted by aha Aka afica cia at 12/19/2007 0 Tgh Mrapu
Rahsia Lelaki dan Ragam
Lelaki Bersemangat Bagaimana mengenali mereka: Maknanya: Lelaki Takut Komitmen Bagaimana mengenali mereka: Maknanya: Lelaki Anti Perempuan Bagaimana mengenali mereka: Maknanya: Lelaki Playboy Bagaimana mengenali mereka: Maknanya: Lelaki Tradisi Bagaimana mengenali mereka: Maknanya: Lelaki Korporat Bagaimana mengenali mereka: Maknanya: Lelaki Keparat Bagaimana mengenali mereka : Maknanya :Tiap orang punya perasaan untuk mencintai dan dicintai. Tipulah kalau ada yang menafikannya. Cuma mungkin ada yang masih belum bersedia untuk menjalinkan sebarang komitmen dan maintain single. Bukan apa, itupun satu langkah berjaga jaga.. takut tersalah pilih! Maklumlah, lelaki ni banyak jenis dan spesisnya (sama macam perempuan juga)! Tersilap pilih, merana badan. Tak usah terlalu memandang paras rupa yang tampan bergaya tapi perangai... Tuhan saja yang tahu! Yang penting, hati kita bahagia bersamanya. Rupa tu, asalkan `sedap' mata kita memandang, cukuplah. Orang lain tu, peduli apa! Kalau bahagia.... kita. Kalau derita pun... kita yang tanggung! Di bawah ini diberikan beberapa cara untuk mengenali jenis lelaki yang ada agar anda boleh membuat pemilihan yang sewajarnya!
Personaliti diri mereka boleh dikenali menerusi penampilan fizikal mereka. Selalunya mereka yang punya semangat tinggi dalam hidup akan sering kelihatan kepenatan. Mungkin selepas makan atau merokok. Dia juga seorang yang lebih suka memendam rahsianya seorang diri dan dari segi kewangan, tidaklah begitu berwang sangat. Satu lagi sikapnya, sering marah dengan ahli keluarga yang lain. Mungkin sebab kekurangan ehat akibat penat bekerja dan melakukan segalanya begitu bersungguh-sungguh.
Biarpun mereka ini sering keletihan tapi sebenarnya mereka ini
seorang yang sangat bersemangat dalam hidup dan sanggup bekerja keras demi kepentingan keluarga. Kamu boleh bergantung hidup padanya. Cuma sekiranya kamu tak dapat menyesuaikan diri dengan sikap mereka yang keterlaluan dalam kerjaya, boleh membuatkan hubungan itu tidak berjaya seperti yang sepatutnya! Sebaliknya kamu mungkin boleh
menjadi pendorongnya di dalam kerjayanya itu.
Dia sememangnya seorang lelaki yang sangat pandai bergaya dan sentiasa berpakaian kemas. Tiap apa yang dipakainya cukup sesuai dengan majlis dan suasana. Pendek kata, mereka memang trendy dari segi pemakaian dan imej diri. Selain itu, telefonnya juga asyik berdering dan pemanggilnya sudah tentu terdiri dari-pada gadis-gadis.
Mengalahkan VIP pulak tu!
Sekiranya dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan
seorang yang tak boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka padamu tapi beberapa minggu kemudian, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen dengan mana-mana gadis buat masa itu.
Perhatikan corak mereka berbelanja, memang boros. Mereka juga kadangkala gemar mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi. Mereka juga tidak sukakan kanak-kanak dan tak begitu rapat dengan keluarga
sendiri.
Sebenarnya mereka ini bukanlah anti perempuan sangat tapi jenis lelaki yang lebih suka mempergunakan wanita untuk kepentingan mereka. Sebelum memiliki seseorang wanita, mereka sanggup melakukan apa cara sekalipun tapi bila dah dapat, semuanya tak kena! Tapi sikap ini akan berubah bila di satu ketika dia akan mendapati dirinya terpikat dengan seorang wanita tapi sudah pastinya perempuan itu seorang yang menurut kehendaknya!
Selalunya mereka ini seorang yang berpenampilan menarik dan up to date. Biarpun kadangkala mereka tu taklah begitu kacak sangat dari segi paras rupa, tapi penampilan mereka buat mereka cukup menawan. Kalau bercakap, memang romantis sekali. Kiranya pandai ayat lah ni!
Mereka selalunya memiliki kereta berjenama terkenal dan tinggal di kawasan mewah. Jarang sekali mereka bercakap tentang keluarga mereka.
Mungkin mereka ini belum terfikir untuk kehidupan berkeluarga.
Hanya mementingkan keseronokan hidup saja dan mustahil jika mereka inginkan sesuatu yang teramat berharga daripada perempuan! Mungkin kerana penampilan diri mereka yang menarik hati, membuatkan mereka sering menjadi perhatian. Jadi, berhati-hatilah! Ada yang berjaya mengikis sikap itu bila usia makin menginjak dewasa tapi usah terperanjat kerana ada yang masih kekal dengan perangai playboy itu biarpun usia dah veteran!
Corak berpakaian mereka selalunya sederhana saja, taklah terlalu kuno atau up to date sangat. Tapi mereka agak suka memerintah orang lain menuruti kehendak mereka. Selain itu, dia sangat bijak mengatur soal kewangannya dan sukakan perempuan yang mampu membuatkan jiwanya tenang.
Bermakna dia ini mampu menjadi suami yang baik nanti. Bagi
dirinya, keluarga adalah segala-gala dalam hidupnya. Mereka impikan sebuah keluarga yang bahagia dan itu juga bermakna dia tak takutkan komitmen.
Selalunya mereka ini agak pendiam dan suka berfikir secara logik dan rasional. Bagi dirinya kerjaya adalah perkara yang paling penting dalam hidup. Dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup. Jika ditanya, mungkin mereka akan mengatakan bahawa mereka tak merancang untuk membina keluarga dalam masa yang terdekat itu.
Ternyata mereka ini lebih pentingkan kerjaya dan kejayaan dalam hidup. Sebab itulah dia akan memilih wanita yang pandai berdikari sebagai pasangan. Biarpun romantis tapi kamu tetap akan jadi yang kedua dalam hidup selepas kerjaya.
Lelaki jenis ini suka bersikap ego dan mementingkan diri sendiri berbeza dengan lelaki korporat yang berfikiran rasional.Lelaki jenis ini selalu memerintah dan memeras ugut sesiapa saja dan boleh dilihat di kawasan parking kereta dan tempat di mana kutu rayau selalu berada.
Lelaki jenis keparat ini tidak sesuai dijadikan suami kerana perangainya memang kekeparatan dan asyik meminta wang semasa orang ramai parking kereta atau motor.Lagi pun wang yang diperolehi digunakan untuk membeli najis dadah dan sebagainya. Mungkin anda juga boleh dijual atau dijadikan bola sepak.
Posted by aha Aka afica cia at 12/19/2007 0 Tgh Mrapu
17 Disember 2007
Skadar suka2 sje
Posted by aha Aka afica cia at 12/17/2007 0 Tgh Mrapu
LANGKAH MENZAHIRKAN CINTA
Assalamu'alaikum.
Just sharing some good tips before it's too late.....
Cinta adalah permainan hati dan wujud di dalam hati. Oleh itu, bagi
menzahirkan kasih sayang dan cinta, ia mesti dilafazkan melalui
kata-kata, perbuatan dan kelakuan. Ass kepada penzahiran ini adalah
hadis Nabi s.a.w. yang menyuruh kit memberitahu seseorang apabila kita
mengasihinya. Sabda Nabi s.a.w. bermaksud: "Apabila seseorang itu kasih
akan saudaranya maka beritahulah dia bahawa dia kasihkannya. " (Riwayat
Abu Daud dan Tirmizi)
Oleh itu kasih mempunyai pelbagai bentuk; kasih kerana Allah dan agama,
kasih kerana kebaikan seseorang serta akhlaknya dan sebagainya.
Dalam aspek rumahtangga, wujud kasih sayang dan cinta antara suami
isteri. Ia perlu dizahirkan. Biasanya isteri lebih banyak dan pandai menzahirkannya. Suami pula biasanya kurang romantik dan kurang
menzahirkannya. Walau bagaimanapun setiap pasangan harus memulakannya.
Jangan hanya harap pasangan anda menzahirkannya sedangkan anda hanya
diam membatu diri. Pepatah menyebut "THE MORE YOU GIVE THE MORE
LANGKAH MENZAHIRKAN CINTA
1. Panggilan suami isteri. Gunakan panggilan yang baik. Isteri
memanggil suami dengan perkataan 'abang, honey, darling, sayang,' Suami
pula memanggil isteri dengan panggilan 'honey, darling, sayang,' atau
nama manja. Nabi s.a.w. memanggil A'ishah dengan 'Humairaa' yang boleh
diertikan 'si merah jambu'. Elakkan panggilan 'ayahnya, bapanya,
abahnya, papa, daddy' dan seumpamanya. Elakkan 'maknya, mama' dan
sebagainya. Ini berlaku selepas pasangan mendapat anak. Panggilan ini
kadang-kadang bukan sahaja digunakan di hadapan anak bahkan semasa
pasangan berdua sahaja. Jangan jadikan panggilan 'darling' dan 'sayang'
di awal perkahwinan, tetapi di akhir perkahwinan 'pinggan dibaling
senduk melayang'.
isteri bekerja. Waktu pejabat adalah dari jam 8 pagi hingga 5 petang.
Isteri akan bekerja semula sebagai surirumah seperti memasak, membasuh
baju, mengemas rumah dan mengurus anak. Alangkah baiknya jika suami
turut membantu kerja-kerja tersebut. Apabila ditanya tentang kerja Nabi
isterinya (membantu isterinya dalam kerja-kerja rumah). Apabila
terdengar azan, baginda keluar". (Riwayat Bukhari)
Berbual dan bertanya khabar adalah satu bentuk komunikasi. Penggunaan
SMS dan sebagainya amat baik. Hantarlah mesej tertentu seperti jenaka,
teka-teki, cerita seks yang nakal dan sebgainya. Hubungan tanpa
komunikasi adalah hubungan yang hambar. Lebih banyak kita berkomunikasi
lebih banyak kita memahami. Tetapi waspada...jangan terlebih
berkomunikasi hingga bertukar menjadi benci.
keramaian seperti hari ibu, hari pekerja, hari raya atau hari minggu.
Hadiah akan mewujudkan kasih sayang. Berilah hadiah nescaya kamu pasti
akan kasih-mengasihi. Hadiah tidak semestinya mahal. Yang penting
keikhlasan dan penghargaan. Membeli bunga yang berharga RM3 pun sudah
memadai.
tempat tertentu atau sebaliknya pada waktu yang sesuai seperti hari
minggu.
Mulut murai, mulut 'laser' dan mulut celupar adalah perkara yang mesti
dielakkan. Ada kemungkinan kata-kata akan menikam pasangan anda dan
menyedihkannya. Disebut dalam hadis bahawa Nabi Muhammad s.a.w. tidak
pernah bercakap perkara keji.
satu kaedah memberi galakan ialah menyediakan ruang untuk pasangan
melakukan aktivitinya, membeli barang kegemarannya atau melibatkan diri
dengan hobi tersebut. A'ishah, isteri Nabi Muhammad s.a.w. ingin
melihat orang Habsyah bermain. Nabi s.a.w. bersama A'ishah dan
menemaninya hingga A'ishah berasa jemu. A'ishah berkata yang bermaksud:
"Aku melihat Nabi s.a.w. melindungi aku dengan kain selendangnya,
sedangkan aku ketika itu sedang melihat orang Habsyah bermain di masjid
hinggalah aku berasa jemu..." (Riwayat Bukhari). Jangan larang pasangan
anda melakukan aktiviti kesukaannya. Ada kemungkinan pasangan anda akan
menghabiskan masa yang terlalu lama hingga mengabaikan tanggungjawab
atau menghabiskan wang yang banyak dengan aktivitinya. Anda boleh
berbincang dengan baik bagi mengatasi tabiat buruk itu.
ucapan tahniah, ucapan takziah dan sebagainya.
harga pemberian itu, tetapi pandanglah pada hati yang ikhlas yang
menghadiahkan benda tersebut. Yang lebih penting adalah yang tersirat,
bukan yang tersurat. Jaga pemberian tersebut dengan baik. Jika tiada
hadiah berbentuk material, ucapan sudah memadai..... .
Sumber: CAKAR HARIMAU Tips Kebahagiaan Rumahtangga oleh
Posted by aha Aka afica cia at 12/17/2007 0 Tgh Mrapu
10 Disember 2007
Tercekik Tulang
Ni ada petua berpandukan pada pengalaman si penulis ( maksudnye pnulis yg fica katakn tue sorg llaki..bukan hasil nurkilan fica.. fica cuma mskkn kt dlm blog fica jer sbb kesanye mnarik... hahhaha.. ramai yg tkeliru dgn citer tue..tanye fica nie ppaun ke llaki? fica ppuan la )...tapi
sebelum tu kena hayati penulisannya dulu ke....sabao....baca
sehingga abis k....
sincerely sampai dah abis baca pun...fica masih dok tersenyum senyum
tau....( Cite nie fica dapat dr sorg teman yg antarkn email kt fica....sje mskkn kt blog kiter nak kongsi2 citer.....hahhahahha ) tq kt abg is atas citer yg mnarik nie.....
Subject: Petua Nenek Moyang Fasal "Tercekik Tulang"
Ni petua tercekik tulang. Kalau rasa ok .. amalkan.
Tersebut laaa Kisah...
Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik,
bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis
makan besar-besar dan best-best!!!
Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka
stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "pulang ke pangkal jalan'"...maka
adalah yg tak kena sana sini...oh..
Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk
ustaz)lalu ada yg sound:
"apahal duduk macam nak berlari ajer...."
"tak baik lutut tinggi pada makanan.."
" ni duduk ke nak berak nie..?"
Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat
muka seposen...aku pun basuh tangan, Nota untuk mua'alaf: sebelum makan
sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah
jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan
segala urusan hutang piutang korang. -Hutang kereta/rumah/kahwin/
study/along bla bla bla!!!
Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya
juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah
pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material
apa? stainless steel ke inconnel 601? nak pakai colour camne? matelic
ke cooper? kan susah tu!!!
Tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan
meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena
pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu
30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia , bla bla bla!!!
Biasa korang belajar doa makan macam nie:
"Allahummabariklana (hingga akhir)
Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan
mudah sajer:
"Bismillah, barkatillah"
Lepas tu makan lah, dengan tiga jari(sunnah Nabi)
kemudian, ada pulak
suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan
tiga jari?"
aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua
kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! "
Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan
tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar
flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan
maju, maka aku menukar jariku dari 3 epada 5...oh..tepuk dada tanya
iman..
Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak
berbasuh... Diorang tegur:
"essh..pengotor betullah" Aku kata:
"Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan taik!!!"(tapi aku kata dalam hati
sebab aku kena kuatkan iman)
"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya
diorang pada aku..
"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan
sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku...
Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err
maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka
kalau aku ubah topik dengan bertanya :
Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan
kambing makan daun?
Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla
bla bla..
Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan
kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"
aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan,
tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan
kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan,
maka di kira ibadat..Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah
Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang... hakikatnya kenyang
datang dari kudrat Allah."
Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan...(bayangkan
seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat
secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air
dengan cepat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya....kesian
mak aku...
"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah
Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang
aku) Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas..
" Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..
Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua
kena lurus... !!!" (bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil
kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat
sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)
Aku kata: "Sekarang sebut:
SUPERMAN RETURN!!!!!!
" HA HA HA....(semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.
Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..alhamdullillah
semuanya dari Allah!!! he he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just
pengalaman.
PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat(over
ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak
bertanggung jawab!!!
Posted by aha Aka afica cia at 12/10/2007 1 Tgh Mrapu
Label: Petua Nenek Moyang







