THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

19 Disember 2007

WANITA, MATA & WARNA KEGEMARAN

Wanita dan Mata 

Mata Kecil 
Wanita mata kecil di dapati peramah, banyak mulut, kurang pertimbangan. Awas! Kaum Adam boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya! Periang tapi bila mara, sukar nak pujuk! 

Mata Sedang 
Mungkin macam saiz kacang almond! Wanita bermata almond tak banyak berahsia, bertanggungjawab, sikap bertimbang rasa. Sering perlukan belaian mesra dan manja! 

Mata Lebar 
Yang ini kuat berahsia. Kurang cergas, pemarah, bertindak tanpe fikir panjang. Tak menentu, kurang teratur, tiada arah tujuan dan mudah putus asa. Tapi mereka setia! 

Mata Berkedip 
Memaafkan dan mudah di bawa berbincang, memahami dan penyabar. 

Mata Cengkung 
Anda materialistic, banyak ungkapan kata manis tapi tak pernah di tepati. 

Mata Bulat 
Walaupun mata besar tapi mereka bersifat baik dan tabah. Menyenangkan, mudah ikut kata. 


Wanita dan Bantal 

Watak wanita juga dapat di kenali melalui cara tidur menggunakan bantal. Ada yang gemar tidur tanpa bantal, ada yang suka berbantal peluk dan ada pula yang bertabiat suka letakkan bantal bawah kaki. Pakar menilaikan sifat wanita berdasarkan beberapa cara:- 

Memeluk Bantal 

Wanita yang gemar memeluk bantal ketika tidur biasenya berjiwa seni. Meminati dalam arena sastera, muzik dan menghargai lukisan. Berprasaan halus dan berjiwa romantik. Kadang kala boleh menghuraikan maksud mimpi mereka. Bersopan santun dan cenderung untuk memiliki badan yang langsing jika berkemampuan. (Erhammm..cam da sowang tue plk..mmg tak sah klo tido msti nak pelok batai jer..hahhaha...)

Menggunakan Bantal Lebih Dari 1 
Kategori ini di anggap tak mempunyai keyakinan diri, memerlukan banyak pendamping atau teman-teman agar dapat di hiburkan. Sukar membuat keputusan sendiri dan sebaliknya suka mendapatkan pandangan orang lain.Tak pandai berdikari dan suka bergantung kepada orang lain. 

Tidur Dengan 1 Bantal 
Bijak berfikir dan tak suka mengada-ngada. Boleh menerima hakikat yang sebenarnya! 

Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki 
Tak gemar bergaul-anti social. Bersifat egois. Malas beruseha dan mempunyai sifat kurang baik. 

Tidur Tanpa Bantal 
Positif! Mempunyai sifat percaya diri yang boleh bertukar menjadi egoistic. Terlalu konfiden dan mudah memandang rendah pada org lain. 


Wanita dan Warna 

Akhir skali, pendirian wanita turut dapat di nilaikan melalui warna kegemaran mereka. Apakah tafsiran warna yang sebenarnya? 

Merah 
Hapi-Go-Lucky! Berani, tegas dan mempunyai perndirian sendiri.(Erhammm...warnak kgemaran dak sowang tue juga....aduss cam tue upernye ciri2 dak tue ekk..hahhaha...pssssttttt...camner nie? dak sowang nie slain merah,meron...dia nie suka kaler putih n hitam juga la...)<===== amboiii fica oiii..dan2 jer nak bg tau warna kegemaran ekk..hhahahha...

Biru 
Setia pada pasangan, pandai berjimat, suka berterus-trang, jujur, cekap dan mudah memaafkan. 

Ungu 
Pemurah hati, tak suka di printah, berinisiatif, bijak tapi ada masanya terlalu beremosi. 

Kelabu 
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka berkorban, cerdas dan bijak. 

Kuning 
Gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran. 

Putih 
Bersih fikirannya, tak crewet, berkata benar, jujur, rendah hati, sopan santun, pramah, sentiasa tenteram hatinya,suka menolong dan hidup bertawakal. 

Hijau 
Segar, suka pada kebahgiaan, tak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot. 

Hitam 
Suka menyendiri, perhatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tak mudah di pengaruhi, kuat berfikir,setia pada pasangan, baik hati tapi akan cepat tersinggung. 

Coklat 
Kaya dengan sifat keibuan, merendah diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah. 

Okla, tak kiralah sama ada anda tergolong dalam kategori wanita yang bermata kecil, sedang atau berkedip, suka berbantal atau tak, gemar warna hitam, putih atau kelabu. Kaum Hawe di cipta dengan keistimewaan yang tersendiri. Kecantikan wanita yang sebenarnya bukan terletak pada kehalusan wajahnya, tapi jiwa dan hati nalurinya. Didikan agama paling penting. Betull tak? Dari situlah kecantikan akan menyerlah sepanjang hayat.



0 Tgh Mrapu: