THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

17 Disember 2007

LANGKAH MENZAHIRKAN CINTA

 Assalamu'alaikum.

Just sharing some good tips before it's too late.....

Cinta adalah permainan hati dan wujud di dalam hati. Oleh itu, bagi
menzahirkan kasih sayang dan cinta, ia mesti dilafazkan melalui
kata-kata, perbuatan dan kelakuan. Ass kepada penzahiran ini adalah
hadis Nabi s.a.w. yang menyuruh kit memberitahu seseorang apabila kita
mengasihinya. Sabda Nabi s.a.w. bermaksud: "Apabila seseorang itu kasih
akan saudaranya maka beritahulah dia bahawa dia kasihkannya. " (Riwayat
Abu Daud dan Tirmizi)

Oleh itu kasih mempunyai pelbagai bentuk; kasih kerana Allah dan agama,
kasih kerana kebaikan seseorang serta akhlaknya dan sebagainya.


Dalam aspek rumahtangga, wujud kasih sayang dan cinta antara suami
isteri. Ia perlu dizahirkan. Biasanya isteri lebih banyak dan pandai menzahirkannya. Suami pula biasanya kurang romantik dan kurang
menzahirkannya. Walau bagaimanapun setiap pasangan harus memulakannya.
Jangan hanya harap pasangan anda menzahirkannya sedangkan anda hanya
diam membatu diri. Pepatah menyebut "THE MORE YOU GIVE THE MORE 
YOU GET"

LANGKAH MENZAHIRKAN CINTA

1. Panggilan suami isteri. Gunakan panggilan yang baik. Isteri
memanggil suami dengan perkataan 'abang, honey, darling, sayang,' Suami
pula memanggil isteri dengan panggilan 'honey, darling, sayang,' atau
nama manja. Nabi s.a.w. memanggil A'ishah dengan 'Humairaa' yang boleh
diertikan 'si merah jambu'. Elakkan panggilan 'ayahnya, bapanya,
abahnya, papa, daddy' dan seumpamanya. Elakkan 'maknya, mama' dan
sebagainya. Ini berlaku selepas pasangan mendapat anak. Panggilan ini
kadang-kadang bukan sahaja digunakan di hadapan anak bahkan semasa
pasangan berdua sahaja. Jangan jadikan panggilan 'darling' dan 'sayang'
di awal perkahwinan, tetapi di akhir perkahwinan 'pinggan dibaling
senduk melayang'.

2. Bantu-membantu. Realiti kehidupan hari ini kedua-dua suami
isteri bekerja. Waktu pejabat adalah dari jam 8 pagi hingga 5 petang.
Isteri akan bekerja semula sebagai surirumah seperti memasak, membasuh
baju, mengemas rumah dan mengurus anak. Alangkah baiknya jika suami
turut membantu kerja-kerja tersebut. Apabila ditanya tentang kerja Nabi
s.a.w. di rumah, A'ishah berkata: "Adalah Nabi berkhidmat untuk
isterinya (membantu isterinya dalam kerja-kerja rumah). Apabila
terdengar azan, baginda keluar". (Riwayat Bukhari)

3. Saling berkomunikasi dan berhubung. Komunikasi amat penting.
Berbual dan bertanya khabar adalah satu bentuk komunikasi. Penggunaan
SMS dan sebagainya amat baik. Hantarlah mesej tertentu seperti jenaka,
teka-teki, cerita seks yang nakal dan sebgainya. Hubungan tanpa
komunikasi adalah hubungan yang hambar. Lebih banyak kita berkomunikasi
lebih banyak kita memahami. Tetapi waspada...jangan terlebih
berkomunikasi hingga bertukar menjadi benci.

4. Hadiah. Hadiahkanlah sesuatu kepada pasangan anda sempena hari
keramaian seperti hari ibu, hari pekerja, hari raya atau hari minggu.
Hadiah akan mewujudkan kasih sayang. Berilah hadiah nescaya kamu pasti
akan kasih-mengasihi. Hadiah tidak semestinya mahal. Yang penting
keikhlasan dan penghargaan. Membeli bunga yang berharga RM3 pun sudah
memadai.

5. Membuat kejutan. Contohnya suami mengajak isteri makan di
tempat tertentu atau sebaliknya pada waktu yang sesuai seperti hari
minggu.

 6. Menjaga lidah agar tidak bercakap perkara yang tidak sesuai.
Mulut murai, mulut 'laser' dan mulut celupar adalah perkara yang mesti
dielakkan. Ada kemungkinan kata-kata akan menikam pasangan anda dan
menyedihkannya. Disebut dalam hadis bahawa Nabi Muhammad s.a.w. tidak
pernah bercakap perkara keji.

7. Memberi galakan terhadap minat pasangan atau hobinya. Salah
satu kaedah memberi galakan ialah menyediakan ruang untuk pasangan
melakukan aktivitinya, membeli barang kegemarannya atau melibatkan diri
dengan hobi tersebut. A'ishah, isteri Nabi Muhammad s.a.w. ingin
melihat orang Habsyah bermain. Nabi s.a.w. bersama A'ishah dan
menemaninya hingga A'ishah berasa jemu. A'ishah berkata yang bermaksud:
"Aku melihat Nabi s.a.w. melindungi aku dengan kain selendangnya,
sedangkan aku ketika itu sedang melihat orang Habsyah bermain di masjid
hinggalah aku berasa jemu..." (Riwayat Bukhari). Jangan larang pasangan
anda melakukan aktiviti kesukaannya. Ada kemungkinan pasangan anda akan
menghabiskan masa yang terlalu lama hingga mengabaikan tanggungjawab
atau menghabiskan wang yang banyak dengan aktivitinya. Anda boleh
berbincang dengan baik bagi mengatasi tabiat buruk itu.

8. Ucapan tanda penghargaan. Jangan lupa mengucapkan terima kasih,
 ucapan tahniah, ucapan takziah dan sebagainya.

 9. Menghargai pemberian pasangan. Jangan dilihat pada kualiti atau
harga pemberian itu, tetapi pandanglah pada hati yang ikhlas yang
menghadiahkan benda tersebut. Yang lebih penting adalah yang tersirat,
bukan yang tersurat. Jaga pemberian tersebut dengan baik. Jika tiada
hadiah berbentuk material, ucapan sudah memadai..... .


Sumber: CAKAR HARIMAU Tips Kebahagiaan Rumahtangga oleh 
Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

0 Tgh Mrapu: