THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

20 Disember 2007

Peluk isteri tiap pagi panjang umur 5 tahun??..

Amalan suami memeluk isteri bagi tempoh 10 saat setiap pagi boleh membantu memanjangkan jangka hayat lelaki bagi tempoh lima tahun. 

Kajian yang pernah dijalankan di luar negara menunjukkan amalan memeluk isteri dapat merangsang pengeluaran hormon yang seterusnya membantu menyihatkan badan suami. 

Pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, yang mendedahkan perkara itu, berkata amalan itu selain membantu menambah kebahagiaan rumah tangga turut mampu mengurangkan masalah kesihatan yang dihadapi lelaki. 

"Pelukan tidak perlu terlalu lama, cukup dengan hanya 10 saat yang diamalkan setiap pagi kerana ia dikatakan dapat memberi jangka hayat untuk lima tahun lebih panjang kepada suami," katanya pada Persidangan Ke-3 Perubatan Daripada Perspektif Islam di sini, semalam. 

Pada persidangan itu, Dr Fadzilah membincangkan mengenai "Perkahwinan Dan Seks: Penawar Dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit". 

Beliau berkata, melalui perkahwinan banyak kebaikan yang akan didapati pasangan terbabit selain perkongsian hidup dan kasih sayang. 

Katanya, perkahwinan juga adalah placebo atau penawar serta rawatan kepada pelbagai masalah termasuk penyakit berkaitan emosi dan rohani. 

"Melalui perkahwinan, pasangan akan berkongsi kasih sayang yang seterusnya dapat menjadi ubat kepada pelbagai penyakit. Malah, mereka yang sudah kahwin dan berpenyakit mempunyai dua kali lebih banyak peluang untuk sembuh berbanding mereka yang tidak berkahwin," katanya. 

Dr Fadzilah berkata, hubungan seks melalui perkahwinan pula dikatakan mampu menjadi terapi kepada masalah tekanan serta pelbagai penyakit lain yang dihadapi pasangan. 

Katanya, hubungan berkenaan akan membantu menguatkan fizikal, memantapkan emosi serta rohani selain dapat mencegah nyanyuk dan membantu awet muda. 

2 Tgh Mrapu:

Tanpa Nama berkata...

haii......
Saje tumpang lalu...(jengok jap)
Ape ada dalam blog ni....
Motivasi untuk menjadi pedoman di masa akan datang..
Kalau nak umo lagi panjang kene peluk lama2 la no...tu peluk waktu pagi,kalo peluk waktu malam camner plak ekk... he hee.,,gurau je

Kuli_gomen

aha Aka afica cia berkata...

hahhahaa..pandaila ekk...kuli_gomen eya...tue rasenya kuli_gomen msti tahu jawapannya.....