THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

28 Februari 2008

LOVE IS CINTA

Ketahuilah cinta bukan sekadar perasaan sensual yang perlu dibuktikan dengan hubungan intim tetapi penyatuan dan keserasian menjadikan cinta lebih sempurna.
 
Sekiranya kamu terpandangkan seseorang dan merasakan tarikan magnetik dan getar yang maha dahsyat, mungkin dialah orangnya untuk dirimu. 
Selalunya insan yang kita sangka tidak mungkin dimiliki itulah yang menjadi teman hidup kita.
 
Jika benar lelaki telah jatuh cinta, dia tidak kisah tentang asal usulmu dan akan menerima dirimu seadanya. 
Jika benar si dia bersikap begitu tidak syak lagi dialah jodohmu.Lelaki yang jujur menerimamu mampu melawan segala arus rintangan. Kamu buatlah perangai macam mana sekalipun dia pasti dapat bersabar kerana cinta lelaki memang utuh. 
 
Apabila sampai peringkat mahu memperkenalkanmu kepada orang tuanya, saat itulah tandanya si dia benar-benar serius dan telah bersedia untuk memperisterikanmu.
Hubungan sejiwa kadangkala bukan diukur melalui berapa lama kamu mengenali diri masing-masing. 
 
Cukup sekadar beberapa saat mata bertentangan. 
Kiranya dalam diri wujud suatu rasa keselesaan dan keserasian, maka itulah namanya cinta sejiwa dan jangan sekali-kali melepaskannya.
 
Cinta…Jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain. Dan jika anda tidak memilikinya, apa pun yang lain yang anda miliki tidak banyak bererti.
Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.
 
Cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakarkan semangat seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadiaan. Selain daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita. Tetapi, cinta juga merupakan ujian, godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan rasa.
 
Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta itu semakin sukar utk dimiliki? Cinta umpama kota kristal, indah di penglihatan , derita di perasaan….
Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama.
 
~sumber: majalah InTrend Februari 2008~
 

0 Tgh Mrapu: