THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

12 Februari 2008

MAKSUD NAMA - HURUF PERTAMA

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. 
Berikut sebagai sedikit panduan.
 
A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai 
menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana 
dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, 
dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika 
meluahkan perasaan marah. 
Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit 
dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. 
Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang 
menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. 
Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya 
popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh 
dalam bertindak dan selalu menganggap masalah 
yang dihadapi adalah remeh.

D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin 
dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan 
kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya 
adalah selalu bimbang dan sukar 
mempercayai orang lain.

E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan
tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, 
tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan 
boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah 
dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. 
Tidak setia dan amat berhati-hati bila 
berbelanja.

G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya 
mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya
bermalas-malasan dan sebaliknya 
suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah 
melukai perasaanorang lain. Selalu tergesa-gesa 
dalam melakukan pekerjaan, 
suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. 
Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu 
terhadap orang lain. Suka menangis.

J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai 
menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa
ragu dalam membuat keputusan 
dan tidak tegas.

K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun 
perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita 
rahsia sendiri.

L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai
kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan
orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. 
Kelemahannya, tidak menepati masa.

M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong,
mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, 
kerana mereka tidak berkira. 
Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka
menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa 
memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah 
bersedih hati dan kurang percaya diri.

O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan 
permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. 
Akibatnya ramai yang menggapnya sombong
dan suka memilih teman.

P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak 
idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu 
yang belum dilakukan orang lain. Agak 
pendendam dan boros.

Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka 
meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. 
Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. 
Tekun dengan kerja yang disukai
dan bersungguh-sungguh dalam mengejar 
cita-cita. Suka mengkritik. 
Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita.
Tidak suka pada orang yang suka memungkiri 
janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain 
sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya 
meledak-ledak.

T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu 
menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau 
bermalas-malasan. Suka menonjolkan
 diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya 
merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan
dan kurang pandai menyusun kata-kata jika 
berbicara didepan orang ramai.

V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai 
meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga 
pandai menguasai orang disekitarnya dengan 
cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus -
terang.

W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. 
Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. 
Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya 
boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan 
sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik
dengan mereka yang menyinggungnya.

Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. 
Ramai menganggapnya sombong walaupun 
sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. 
Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam
pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar
menonjolkan diri.

0 Tgh Mrapu: