THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

28 Februari 2008

PETIKAN BUKU MOTIVASI DIRI WANITA - DR. HM TUAH ISKANDAR

Seorang isteri mengadu begini kepada saya, " Suami saya bukanlah 
seperti yg saya gambarkan sewaktu belum berkahwin. Dia amat berbeza daripada

penampilannya dahulu. Sekarang dia bukan sahaja gagal membahagiakan 
saya malah sering menjadikan saya kesal mempersuamikannya. Ingin 
sekali saya meninggalkannya, tapi tak berupaya kerana memikirkan anak2 dan 
masa depan saya sendiri, walaupun ada lelaki yang sedia mengambil saya di 
luar sana. Saya seperti terperangkap oleh kedunguan masa lalu. Kekal 
bersamanya bererti saya selamanyalah tidak akan berasa bahagia. Apa 
yang boleh saya lakukan sekarang? Lalu saya bertanya, skrg puan nak yang
mana? Kekal bersamanya atau mengikut lelaki lain? Maksud saya mana yang
lebih berat? 
Kalau Dr. tanyakan yang mana lebih berat, tentulah bersamanya lebih 
berat. Kalau begitu, mengapa tidak pejamkan mata, bayangkan yang indah2, 
anggaplah dia satu2nya lelaki yang ada di dunia ini dan binalah 
kebahgiaan bersama. Isteri itu seperti terkejut dgn saranan saya. Barangkali
dia 
mengharapkan satu cadangan yang lebih memihak kepada gelojak hatinya 
untuk memilih lelaki lain, berdasarkan kebahagiaan yang sudah gagal 
dikecapinya skrg. 

Lalu saya perjelaskan, kalaulah kebahagiaan yang menjadi persoalan, 
belum tentu pilihan seterusnya akan menjaminkan kebahagiaan. 
Barangkali bersama lelaki kedua masalah lebih menimpa. Kalau nanti
perkahwinan 
kedua itu juga gagal memberikan kebahagiaan, apakah anda akan berkahwin 
buat kali ketiga? Jika tak bahagia juga, anda akan berkahwin pula buat 
kali keempat? Kemudian kelima, keenam? Sampai bila? 

Hidup bukankah untuk dinikmati? Usia bukanlah lama untuk dipersiakan 
dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Siapapun dia, dia adalah lelaki 
yang bergelar `SUAMI'. Kebahagiaan adalah satu istilah yang telah 
terbentuk. Tinggal bagaimana kita mendefinasikan kebahagiaan itu 
sahaja yang menyebabkan sesetengah drpd kita gagal berasa bahagia. 

Alangkah ruginya kalau hidup yang singkat ini kita gagal mendapat 
bahagia. Semata2 kerana menyangka kebahagiaan itu akan dinikmati jika 
bersama orang sekian-sekian. Semata-mata kerana menyangka Si Dia boleh 
memberi bahagia yang diimpi-impikan. Kalau MELESET bagaimana? Kalau
kebahagiaan yang diidam-idamkan itu tidak diperoleh sdgkan kebahagiaan 
yang sedia ada ini telah ditinggalkan, bagaimana? 

Setelah anda Diijab-kabul, satu perjanjian telah dibentuk. Anda telah 
merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil org berkenaan 
yang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai SUAMI. 
Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda. 
Setelah diikat dengan tali perkahwinan, mengapa tidak pejamkan mata dan 
anggaplah dia pasangan yang terbaik. Dia mmg dijadikan buat anda. Dia 
adalah segala-galanya. Bentuklah kebahagiaan bersamanya. 
JANGAN mimpi-mimpikan lagi org lain selain dia. 
JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan. 
INGAT!!!!.. Anda dijadikan dari tulang rusuk dia. Relakan diri anda 
untuk bertolak ansur dlm beberapa hal untuk mencari kesukaan dan 
kebencian bersama. Relakan membina bahagia dan dialah alatnya. 

Masalah yang sering menimpa pasangan muda ialah masing2 gagal memantau 
imaginasi untuk membentuk bahagia pada awal perkahwinan. Setelah 
segalanya dilalui dan masalah menapak di sana sini, barulah sedar 
sesuatu sepatutnya dilakukan lebih awal dahulu. Tetapi nyata sudah 
terlambat, imaginasi bersama mekanisme-mekanisme nya telah 
dipersia-siakan. Bahagia kelihatan tetapi sudah tidak terjangkau dek 
tangan. Kesudahannya, bahagia disangka berada di luar dan mahu diburu 
walhal sebenarnya bahagia sudah berada di tangan, hanya gagal mengenal 
dan menikmatinya sahaja. 

Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksud 
saya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari 
rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan. Apalagi jika 
dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu, 
kekurangan-kekurang an yang ada pada dirinya hanyalah sekadar kekurangan 
untuk membenarkan kata-kata `NO MAN IS PERFECT". 

Demikian juga anda, tatkala anda menyangka pasangan anda tidaklah 
sehebat mana, anda juga perlu melihat diri dan mencermin wajah. Di 
situ mungkin anda juga dapat melihat beberapa kekurangan yang anda miliki 
yang selama ini tidak pernah dipersoalkan oleh pasangan anda. Mengapa 
tidak boleh bertolak-ansur untuk sama-sama membina bahagia. Jangan 
sangka dengan hanya berkahwin anak raja, bahagia akan tiba. Sebab 
berapa banyak kisah2 istana dahulu kala yang penuh dengan sengketa dan 
porak-peranda

0 Tgh Mrapu: